Artikel ini dibawakan kepada anda oleh MILO®


PERKARA pertama yang selalu terlintas di fikiran saya apabila saya berfikir tentang MILO® adalah van MILO® yang muncul di hari sukan sekolah untuk menghilangkan dahaga pelajar setelah penat bersukan.

Saya masih ingat minuman itu yang manis, sejuk dan penuh bercoklat itu di fikiran saya, seterusnya mengalir membasahi tekak.

Rasanya sungguh sedap sekali sehingga saya sanggup beratur untuk mendapatkan minuman itu untuk kali ke dua.

Saya sangat sukakan rasanya sehingga saya beratur secara senyap untuk cawan kedua.

Apabila sudah dewasa, saya sedar tentang nila-nilai nutrisi minuman itu dan saya menjadikannya sebahagian daripada sarapan saya. Rakan-rakan saya juga mengamalkan pemakanan sihat dengan menjadikan MILO® sebagai sebahagian daripada diet mereka.

Teman sekerja saya di Astro AWANI juga menjadikan MILO® sebagai bahagian yang penting dalam kehidupan mereka. Ini adalah kisah mereka.

Ashwad Ismail, Pembaca Berita

Sebagai wajah utama Astro AWANI, adalah penting bagi beliau untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Antara tips beliau untuk kekal sihat adalah ‘sarapan seperti seorang raja , makan tengah hari seperti seorang putera, dan makan malam seperti pengemis’.

Ashwad percaya bahawa sarapan yang besar boleh memberi 'kesan besar' sepanjang hari. Bersama-sama dengan sarapan pagi yang besar itu, yang biasanya mengandungi biji-bijian dan buah-buahan, beliau juga meminum secawan MILO®.

"MILO® adalah sebahagian daripada sarapan sihat untuk saya untuk memberi tenaga yang diperlukan sepanjang hari, " katanya.

Walaupun pekerjaan Ashwad memerlukannya sentiasa berdepan dengan kamera dan mengikuti berita semasa, beliau masih mempunyai masa untuk bersukan.

Hobi kegemaran beliau adalah untuk bermain tenis, dan beliau lakukannya sekurang-kurangnya empat kali seminggu untuk menjadi cergas dan mempunyai mental yang kuat.

"Kerana jadual seharian yang sibuk, saya memerlukan banyak tenaga untuk mengekalkan momentum saya.

"MILO® menyediakan nutrien penting dan tenaga untuk membantu saya memberi tumpuan di tempat kerja dan di gelanggang tenis juga, " katanya.

Abdul Hakim Rahman, Pembaca Berita

Hakim merupakan salah seorang pembaca berita yang sentiasa bertenaga. Sejak kecil, ibunya sentiasa mendorong untuk memastikan beliau mengambil sarapan yang sihat.

Katanya, ibunya sentiasa menyediakan sarapannya di rumah, dan memadankannya dengan secawan MILO® panas.

Kerana beliau bekerja dalam satu industri yang sentiasa pantas, beliau akan membawa pek MILO® mini untuk minum di tempat kerja.

“MILO® adalah minuman yang pantas dan mudah untuk dijadikan sarapan dan sekiranya saya tiba-tiba lapar,” katanya.

Hakim merupakan seorang yang suka bersenam di gimnasium dan suka aktiviti seperti mengangkat berat.

Beliau turut terlibat dalam aktiviti luar seperti joging dan bermain badminton dengan kawan-kawannya.

Katanya, aktiviti berat seperti itu memerlukan tenaga yang tinggi dan MILO® merupakan pilihan pertama untuk dirinya.

Linawati Adnan, Pembaca Berita

Linawati mula menggemari MILO® sejak usia muda. Ibunya selalu menyediakan sarapan sihat yang mudah dan cepat seperti bijirin, roti bakar, biskut, nasi lemak berserta secawan MILO® yang panas.

Kini, sebagai seorang pembaca berita yang terkenal, secawan MILO® yang panas masih merupakan pilihan hatinya.

“MILO® telah menjadi makanan ruji untuk saya terutamanya pada waktu pagi," katanya.

Sebagai seorang ibu, Linawati turut memberikan MILO® kepada anak-anaknya.

Beliau akan memberikan MILO® panas kepada anak-anaknya yang berusia 6 tahun dan 3 tahun, pada setiap hari.

"Saya elak dari mengambil makanan yang diproses seboleh mungkin. Ada sebuah kedai roti berhampiran rumah saya yang membuat roti segar, dan saya membelinya sewaktu pulang dari kerja.

“Pada keesokkan harinya, saya memberikan roti itu kepada anak-anak saya dengan MILO® panas sebagai sarapan mereka,” katanya.

Linawati membawa anak-anaknya ke taman permainan sebagai aktiviti sukan dan riadah mereka. Kadang-kala beliau membawa mereka berenang.

Selepas aktiviti-aktiviti sukan, Linawati memberikan anak-anaknya secawan MILO® panas dengan susu.

Saksikan juga kisah 'Sarapan Untuk Juara' yang dikongsi pembaca-pembaca berita ini melalui video-video berikut:

1) Syah Hairizal Kamalul Arifin


2) Khairunnisa Kasnoon


3) Ashwad Ismail