Sebagai doktor, saya percayakan vaksin - Dr. Sheikh Muszaphar

Sebagai doktor, saya percayakan vaksin - Dr. Sheikh Muszaphar
Dr. Sheikh Muszaphar percaya kepentingan vaksin untuk bayi dan kanak-kanak. - Astro Gempak/Instagram
KEBELAKANGAN ini, terdapat ibu bapa yang menentang pengambilan vaksin terhadap anak mereka.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar mempunyai pendapatnya yang tersendiri mengenai pengambilan vaksin.

Sebagai seorang doktor bedah ortopedik, Sheikh Muszaphar memberitahu dia amat percayakan vaksin untuk melindungi anaknya daripada sebarang penyakit berbahaya.

Menerusi akaun Instagram peribadinya, dia memberitahu ramai juga ibu bapa yang tidak mengambil vaksin untuk anak mereka.

Tidak pasti mengapa ada ibu bapa yang menolak vaksin, tetapi bagi Sheikh Muszaphar dia akan pastikan anak-anaknya diberi vaksin mengikut dos dan waktu yang ditetapkan.
“Hari ini adalah waktu untuk vaksin kembar saya.

“Sepatutnya mereka sudah diberikan vaksin sebulan yang lalu tetapi baru kini ada masa yang sesuai dan lapang untuk berbuat demikian.

“Ramai yang menolak vaksin terhadap anak mereka.

“Saya tak pasti apa sebab mereka menolaknya, tetapi sebagai doktor saya percayakan vaksin.

“Malah saya akan cuba pastikan anak-anak saya diberi vaksin mengikut masa yang ditetapkan,” tulisnya.
 

BACA: Hampir 1,600 kanak-kanak tidak mendapat suntikan vaksin tahun 2016 - Dr Hilmi

BACA: Jawatankuasa Fatwa Perlis putuskan suntikan vaksin wajib diambil

BACA: Pengambilan vaksin, lebih banyak kebaikan daripada keburukan - IMAM

BACA: Maklumat tidak benar di laman sosial punca penolakan vaksin

VIDEO: Pentingnya vaksin pneumococcal

VIDEO: Kumpulan anti-vaksin jangan rujuk sesuatu tidak berasas