Sejumlah 55 karya seni Malaysia bernilai lebih RM700,000 dipertunjukkan di Pameran Seni@Paradigm Mall sejak 19 Jun lalu hingga 26 Julai ini.

Pameran itu adalah hasil kerjasama antara beberapa pelukis tanah air bersama Balai Seni Visual Negara dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pameran itu berjudul 'Kenangan Raya Bersama P. Ramlee' di sini pada Sabtu, Pengerusi balai tersebut, Datuk Mahadzir Lokman berkata, pameran berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Lebih daripada 20 pelukis tanah air menyertai pameran itu termasuk Abu Zaki Hadri, Raja Mohamed Nizam, Fauziah Yahya, Hisham Salmin, Rashid Yusof dan Hamidon Ahmad.