Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun menyeru masyarakat global untuk menangani isu menyelamatkan badak Sumatera daripada diancam kepupusan.
Berikutan kematian Puntung, satu daripada tiga badak Sumatera terakhir di Malaysia, menerusi kaedah suntikan eutanasia pada 4 Jun, beliau berkata walaupun spesies badak itu boleh didapati di Malaysia dan Indonesia, hakikatnya ia adalah spesies yang sudah jarang ditemui yang memerlukan kerjasama daripada seluruh dunia mencari pelan tindakan untuk memastikan kelangsungan hidup mamalia ini.
"Saya lebih suka mempercayai bahawa haiwan yang sudah jarang ditemui ini milik seluruh dunia dan saya fikir semua negara perlu tampil dengan pelan tindakan.
"Ia bukan setakat isu bagi Malaysia atau Indonesia. Saya fikir ia adalah isu global kerana spesies ini semakin berkurangan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran kementerian beliau di sini Khamis malam.
Masidi berkata beliau juga gembira, apabila Malaysia dan Indonesia sehaluan, menjalin kerjasama untuk menyelamatkan spesies badak Sumatera ini dan berharap ada kemajuan substantif dalam kerjasama itu.
"Bagi saya, tidak kisah badak ini berada di Malaysia atau Indonesia. Hakikatnya haiwan hutan gergasi ini sudah semakin pupus," katanya.
Puntung mati menerusi kaedah suntikan eutanasia selepas menderita kanser sel skuamus atau kanser kulit, menyebabkan bengkak di pipi kirinya, yang akan membawa maut dengan atau tanpa rawatan.
Dalam perkembangan lain, Masidi berkata Kabinet negeri akan mengkaji mekanisme Cukai Pelancongan yang diluluskan Parlimen pada April dan implikasi pelaksanaannya ke atas industri pelancongan negeri.
Rata-rata pemain pelancongan telah menyatakan rasa tidak puas hati atas cukai baharu ini.
"Saya lebih suka mengambil perkara ini dari sudut positif dan saya pasti banyak perkara yang kita boleh bincangkan dengan kerajaan persekutuan (mengenai Cukai Pelancongan)," katanya.
Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai pelancongan ke atas mereka yang menginap di premis pelancongan di Malaysia, dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan diluluskan di Parlimen pada 6 April.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2017
Badak Sumatera bernama Puntung terpaksa diberi suntikan eutanasia untuk mengakhiri penderitaannya. - Gambar fail
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bagaimana kepupusan badak sumbu Sumatera boleh mengundang bencana?
Kepupusan yang melanda spesies dengan nama saintifik Dicerorhinus sumatrensis itu juga merupakan contoh jelas tentang kesan perbuatan manusia.
Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru
Bedah siasat dijalankan oleh doktor haiwan Dr Zainal Zahari Zainuddin dan pasukannya dari Perikatan Rhino Borneo beberapa jam selepas kematian Tam pada tengah hari semalam.
Zoo Negara perlu bergerak ke hadapan - Xavier
Beliau berkata sejak penubuhannya Zoo Negara berada dalam keadaan baik, cuma dari segi kewangan tidak begitu memberangsangkan kerana banyak bergantung kepada jualan tiket dan penaja.
Selepas Puntung, sanggupkah Malaysia kehilangan Tam dan Iman?
PERNAH dengar nama Tam dan Iman? Mereka tidak popular seperti nama-nama selebriti tanah air atau artis K-pop yang menjadi kegilaan ramai.
Puntung jalani pembedahan buang nanah di rahang atas
Doktor pergigian veterinar dari Thailand, Dr Tum Chinkangsadarn melakukan pembedahan itu yang mengambil masa dua jam 20 minit di Santuari Badak Borneo di Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin.