ADUAN berkaitan masalah akhlak dan sosial pasangan paling banyak diterima di Selangor iaitu sebanyak 10,759 aduan pada 2016.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Selangor, Salwana Ahmad Dahlan berkata masalah akhlak dan sosial dibahagikan kepada 42 kategori.

“Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan sikap suami yang suka berfoya-foya, memaki hamun pasangan (suami/isteri), mendera secara mental (dengan kata-kata yang kesat dan tidak baik), serta ketagihan media sosial.

“Ketagihan kepada gajet menyebabkan suami atau isteri menjadi leka dan mengabaikan perasaan pasangan masing-masing,” katanya.