PROFESOR Robert E. Kelly yang sebelum ini menjadi tular gara-gara aksi lucu yang dipaparkan keluarganya ketika temu bual secara langsung bersama stesen televisyen BBC, akhirnya membuka mulut tentang situasi sebenar yang berlaku ketika itu.
Dalam satu temubual dengan portal The Wall Street Journal (WSJ), Kelly memberitahu, semuanya berlaku kerana kesilapannya yang terlupa untuk mengunci pintu ketika sesi temu bual dengan BBC dijalankan.
Hal itu diakui isterinya, Kim Jung-A, yang juga merupakan watak penting dalam video berkenaan apabila gaya 'meluncur'nya untuk menyelamatkan keadaan, membuatkan ramai penonton pecah perut.
"Selalunya memang dia (Kelly) kunci pintu apabila melakukan temu bual," kata Kim kepada WSJ.
Temu ramah dengan WSJ itu pada mulanya hanya melibatkan Kelly, sebelum turut disertai Kim dan dua anak mereka, Marion, 4, dan James, 8 bulan.
Ketika kekecohan itu berlaku, kata Kim, dia sedang menontonnya secara langsung di televisyen di ruang tamu.
Namun siaran televisyen yang lewat beberapa saat membuatkan dia agak lambat untuk menyedari 'pencerobohan' yang dilakukan anak-anaknya itu.
Kelly pula menambah, ketika kejadian, dia cuba untuk fokus dengan temu bual yang berjalan namun mengakui sangat geli hati dengan gelagat isteri dan anak-anaknya.
Pensyarah Sains Politik di Pusan International University, Korea Selatan itu juga ada menghantar surat permohonan maaf kepada BBC susulan kekecohan itu.
Agak lucu apabila dalam temu bual terbaharu ini, anak sulung Kelly, Marion, dapat didengar menjerit memanggil bapanya dari luar bilik.
"Inilah kehidupan saya," kata Kelly, sebelum bangun untuk membuka pintu dan membenarkan anak perempuannya itu masuk.
Portal CNET pula melaporkan, Kelly turut menjawab satu persoalan yang menjadi tanda tanya ramai; adakah dia tidak memakai seluar ketika temu bual itu?
"Saya pakai seluar jean," jawab Kelly.
Madiha Abdullah
Wed Mar 15 2017
Kelly telah menghantar surat permohonan maaf selepas kekecohan dalam temubual dengan BBC itu.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
KDNFC guna khidmat empat pemain import dari Korea Selatan
Empat pemain itu ialah Ri-Gwan Kim dan Ahoe Koo, kedua-duanya pemain pertahanan, Bae Kyeong Hwan (penyerang) dan Jung Byung Ju (tengah).
Malaysia, Korea Selatan sambung semula perjanjian perdagangan bebas - MITI
Malaysia dan Korea Selatan menyambung semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea (MKFTA) yang dijangka dapat meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara.
Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Aaron-Wooi Yik lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen dalam masa 39 minit.
Enam juruterbang TUDM mula latihan operasi FA-50M di Korea Selatan 2026
Latihan intensif yang bakal dijalani akan berlangsung selama tiga hingga enam bulan, bergantung kepada prestasi juruterbang.
Korea Selatan gantung lesen doktor pelatih lancar mogok
KOREA Selatan akan menggantung lesen doktor pelatih yang melancarkan mogok sebagai hukuman.
Korea Selatan: Mogok doktor pelatih, kerajaan mula ambil tindakan
Menteri Kesihatan Korea Selatan berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan "mogok secara haram- dan mengingkari arahan.
Bekas jurulatih Vietnam dilantik sebagai penasihat teknikal pasukan kebangsaan Republik Korea
Lee akan membantu Hwang Sun-hong dalam dua perlawanan menentang Thailand pada kelayakan Piala Dunia 2026, 21 dan 26 Mac ini.
Kerajaan Korea Selatan mahu berunding dengan doktor-doktor mogok
Negara itu memberi masa sehingga Jumaat, memandangkan tugas-tugas yang menanti kumpulan doktor bekenaan sudah lama tergendala.
Olimpik Paris 2024: Ariana Nur Dania mahu 'berkampung' di Korea Selatan
Katanya, pendedahan berlatih di luar negara amat penting baginya, memandangkan beliau hanya pernah beraksi sebanyak dua kali di luar negara.
Heung-min akhirnya bersuara, minta peminat maafkan Kang-in
Kapten pasukan kebangsaan Republik Korea, Son Heung-min, akhirnya menjernihkan situasi mengenai pertelingkahan ketika saingan Piala Asia.