"Saya tidak menyangka kain tenun yang saya reka hasil tangan banduan Penjara Penor menjadi pilihan anak saudara saya untuk majlis perkahwinannya.

"Ini satu pengiktirafan dan penghormatan buat semua penenun Tenun Pahang Diraja," titah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Tengku Azizah bertitah, Puteri tunggal Sultan Johor, Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim sebelum ini pernah memberitahu kepadanya mahu melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun ini.

"Saya kemudian memberinya hadiah kain Tenun Pahang Diraja kepada beliau. Tetapi saya tidak sangka Tunku Tun Aminah menjadikan kain itu baju untuk dipakai pada hari perkahwinannya.

"Ia adalah satu pengiktirafan yang besar dan penghormatan kepada Tenun Pahang Diraja," titah baginda pada Majlis Perasmian Projek Kraf Kampungku Tenun Pahang Diraja di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi di sini, hari ini.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perkahwinan Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah

BACA: Fabrik baju pengantin Tunku Tun Aminah hasil kerja tangan banduan

BACA: Sekitar Istiadat Persandingan DiRaja Tunku Tun Aminah dan Dennis Abdullah

FOTO: Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah

Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah melangsungkan perkahwinan mereka pasa Isnin lalu. - Foto Royal Office
Turut hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Yean Yoke Heng.
Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah melangsungkan perkahwinan mereka pasa Isnin lalu.

Baginda bertitah, kain itu adalah rekaannya dan hasil tenunan banduan Penjara Penor di sini.

Dalam pada itu Tengku Azizah berkata, pada November ini juga akan dilancarkan Yayasan Tenun Pahang Diraja bagi menjaga kebajikan usahawanan tenun di negeri ini.

"Warisan yang berusia lebih 300 tahun ini jika tidak dipelihara dengan baik kita akan kehilangannya dalam tempoh 10 tahun lagi," titah baginda.