"Saya tak tidur semalaman apabila mengenangkan hendak menikah di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, tambah gementar apabila kena hafal lafaz nikah, tetapi Alhamdulilah semua berjalan lancar."
Itu reaksi Idrus Nazarudin, 21 salah seorang daripada sembilan pasangan pengantin yang dinikahkan beramai-ramai di hadapan Tengku Abdullah pada majlis akad nikah masyarakat Orang Asli di sini, hari ini.
Idrus, dari suku Semai Kampung Abu, Pos Telanok, yang dinikahkan bersama pasangannya, Shah Haniza Zaki, 19 dari Kampung Susu, Pos Telanok, merasa amat gembira dengan peluang itu yang jarang sekali dapat dinikmati oleh rakyat biasa seperti dirinya.
"Saya memang telah merancang untuk berkahwin dengan Shah Haniza sejak lima bulan lalu, tetapi apabila Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memaklumkan tentang majlis perkahwinan beramai-ramai ini, ia ibarat satu peluang keemasan dan menjimatkan belanja," katanya yang bekerja sebagai pekerja am Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di sini.
Katanya, sejak seminggu yang lalu beliau menghafal lafaz akad untuk memastikan majlis perkahwinan ini berjalan lancar.
Pada majlis itu, seramai sembilan pasangan berumur 17 hingga 25 tahun dinikahkan oleh Kadi Cameron Highlands, Yusri Aman dan Kadi Lipis, Abu Bakar Ismail.
Tujuh daripada pasangan mempelai itu dari Pos Senderut Lipis, manakala dua pasangan lagi dari Pos Telanok di sini, Cameron Highlands.
Satu lagi pasangan, Rizuan Yok Hong, 18 dan Jeben Jaafar, 19 turut berkongsi rasa gembira dan seronok apabila perkahwinan mereka turut diraikan oleh Tengku Abdullah.
"Berpeluang bersanding di dalam dewan dengan diraikan Tengku Abdullah adalah detik yang tidak akan dilupakan oleh kami, nanti kalau ada anak kami akan ceritakan kepada mereka,"katanya.
Pada majlis itu, Tengku Abdullah turut berkenan menepung tawar kesemua pasangan pengantin selain mengurniakan hadiah dan sumbangan wang tunai kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2017
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tiga, kiri) merakamkan majlis Akad Nikah sembilan pasangan pengantin saudara baharu Masyarakat Orang Asli di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata hari ini. - Foto Bernama
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi hari kedua guna jentera berat
Kumpulan pertama 14 anggota dan dua ekor anjing K9 memasuki lokasi kira-kira jam 8.42 pagi manakala pasukan kedua 14 anggota jam 10 pagi.
SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 direhatkan setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam.