Wanita bekerjaya perlu ada komitmen untuk punya keluarga sendiri.
Menurut pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad jika seseorang wanita itu dilamun cinta atau sedang bercinta, hal itu sama sekali tidak mengganggu prestasi kerjayanya.
"Saya tak nampak bercinta itu mengganggu fokus atau pekerjaan kita hidup kena faham kita lari dari satu masalah tidak bermakna kita tak didatangi masalah yang lain hidup ini kita akan sentiasa berdepan dengan masalah tekanan sebab selagi kita hidup kita akan diuji akan ada masalah kita memikirkan mungkin ada seorang 'boyfriend' ataupun pasangan maka kita akan rasakan bahawa ia akan mengganggu fokus kita, produktiviti kita dan memperlahankan kita untuk mencapai cita-cita'.
Namun jelas Dr Tengku Asmadi, sudut positif harus diambil kira jika pasangan yang dipilih itu sesuai dan sejiwa, maka hal itu boleh dianggap sebagai pendorong untuk berjaya.
"Maka ia boleh jadi 'booster' yang boleh memberikan dorongan, motivasi, boleh membantu dan melengkapkan kelemahan - kelemahan atau kekurangan yang kita ada dan ini akan mempercepatkan kita untuk mencapai hasrat dan cita-cita dalam hidup kita".
Tambahnya lagi, kehidupan di masa depan perlu difikirkan sementara punya kewangan dan kesihatan yang mengizinkan.
"Kita mungkin dari segi kewangan kita mampu tetapi dari segi kesihatan berdepan dengan tekanan memerlukan seseorang untuk mencurah perasaan nak diceritakan keperitan nak diadu paling bermakna orang paling rapat jadi hidup itu nanti rasa kesunyian maknanya nampak diluar berjaya seronok apabila tidur malam terasa keseorangan," katanya.
Beliau turut berkata, masih ada segelintir individu yang tidak memikirkan impak daripada terlalu memikirkan beban kerja berbanding untuk membina sesebuah hubungan.
"Kita kena faham hidup ni sebenarnya kita perlukan keluarga perlu orang terdekat perlukan pasangan perlukan anak anak kita kena faham kita bukan sihat selalu dan utuk menjaga kita, waktu kecil kita ada ibu bapa, ada adik-beradik apabila kita sudah masuk alam dewasa, masing-masing sudah mula sibuk urusan kerja keluarga masing-masing kita tidak ada seseorang yang boleh menjaga kita".
Tengku Asmadi memberi contoh dan perbezaan yang melibatkan individu yang sudah berkahwin dan bujang.
"Orang yang berkahwin, cara dia mengurus emosi tidak sama dengan yang tidak berkahwin kerana kena mengurus perasaan suami isteri, ketegangan rumah tangga perlu ditangani, masalah anak-anak perlu difikirkan, ini membawa kepada kematangan dalam berfikir kebijaksanaan dalam keputusan kebanyakan mereka yang berkahwin kemudian bekerjaya akhirnya mereka dapat capai kedudukan yang tinggi bukan bermakna tidak ada yang tak kahwin tidak sampai ke tahap itu.
"Rata-rata mereka yang berumah tangga pada saya sebenarnya melatih seorang perempuan atau wanita untuk lebih dewasa dari segi pemikiran bukan sahaja wanita tetapi lelaki pun sama cara mengurus emosi, cara dia berdepan dengan orang, memimpin kita dapat lihat perbezaannya " tambahnya lagi.
Dr Tengku Asmadi berkata demikian ketika mengulas mengenai tinjauan sebuah agensi khidmat nasihat dalam talian yang melaporkan kira-kira 60 peratus wanita bujang di Jepun enggan memulakan hubungan cinta, disebabkan bebanan kerja yang semakin meningkat.
Malissa Sahari
Tue Dec 05 2017
Jika seseorang wanita itu dilamun cinta atau sedang bercinta, hal itu sama sekali tidak mengganggu prestasi kerjayanya. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
UiTM beri RM100 secara 'one-off' kepada pelajar terjejas
Pelajar yang terkandas ataupun yang telah pulang ke kampus UiTM akan diberi bantuan RM100 secara one-off.
Moratorium kepada peminjam PTPTN dilanjut sehingga Disember 2020 - Menteri Pengajian Tinggi
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi.