Tidak apa ke makan durian masa mengandung?

Tidak apa ke makan durian masa mengandung?
Dilema ibu hamil dan durian. - Foto: Astro Awani
LIRIK lagu "Durian Dah Berbunga" nyanyian Mr Os cukup sinonim dengan suasana ketika tibanya musim durian.

Sana sini durian, dari pernah RM30 sekilogram hingga sekarang ni datang musin durian, harga jatuh hingga RM3 sekilogram.

Sarapan – durian, makan tengah hari durian, minum petang – durian, makan malam pun durian.


"Oh kome, dengoyan udah luroh
Lebih baik cepat pegi suloh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok"


Tapi awas, jangan sampai terlebih makan, mungkin padah menunggu kita.

Pesta durian di Malaysia dah bermula kira-kira 2 minggu lalu
Kita sedia maklum, Raja Buah akan meninggalkan kesan panas dalam badan. Pada mereka yang kurang tahan, mungkin ada yang demam.

Bagaimana pula dengan ibu hamil?

Menjawab persoalan itu, Hello Doktor yang dipetik sebagai berkata, ibu yang sedang hamil boleh makan durian, namun dalam kuantiti yang sederhana.

Kenapa?
Kerana, durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi.

Sebagai contoh, dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori dan durian juga dianggap sebagai makanan yang tinggi glisemik.

Jadi, bagi mengelakkan perkara yang tidak dundang, ibu mengandung harus tahu had untuk makan durian.
Ibu yang hamil juga sering dikaitan dengan diabetes.

Pada golongan terlibat, elakkan pengambilan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Risiko memakan durian berlebihan meningkatkan gula dalam darah.

Ia mempunyai kadar gula yang sangat tinggi.


Ibu yang sedang hamil boleh makan durian, namun dalam kuantiti yang sederhana.

Kajian terbitan British Journal of Obstetrics and Gynaecology menyebut, pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kadar gulanya akan meningkatkan risiko bayi lahir terlalu besar dan berat.

Malah, ia boleh menyebabkan obesiti pada bayi semasa kanak-kanak.

Kalori dan karbohidrat yang terdapat dalam buah durian sangat tinggi.

Sebiji durian bersamaan 54 hingga 60 kalori.

Bayangkan kalau ibu yang hamil makan hingga sebiji durian.

Keadaan ini boleh mendorong kepada diabetes gestasi, pre eklampsia, kelahiran pramatang dan jangkitan saluran kencing.

Durian, walaupun aromanya ada yang mnegatakan kurang enak, tetapi isinya amat digemari.
Rekod kes juga menunjukkan, berat badan berlebihan  berisiko mengganggu suntikan epidural semasa proses bersalin.

Dah tahu, boleh cegah.

Bukan tak boleh makan, tapi pertimbangkan ulas durian yang mahu dimakan sejiranya anda kini sedang hamil.

Kandungan isi durian