Tutup

Tuah bayi rambut lebat 'rare', kini jadi duta produk syampu

Tuah bayi rambut lebat 'rare', kini jadi duta produk syampu
Bayi perempuan rambut lebat yang pernah menjadi perhatian di Internet kini mula mencipta nama sebagai salah seorang duta jenama Pantene di Jepun.
KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berambut lebat yang pernah menjadi perhatian di internet kini mula mencipta nama sebagai salah seorang duta jenama Pantene di Jepun.

Chanco yang berusia setahun itu mula dikenali di Instagram sejak enam bulan lalu selepas ibunya memuat naik gambar bayi comel tersebut.

Pada ketika itu, ramai yang tertarik dengan kelebatan rambut Chanco yang disifatkan sebagai satu perkara yang sangat ’rare’ atau jarang ditemui.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

楽しそうだ

Wajah Chanco kini terpapar dalam iklan Pantene bersama pengacara televisyen terkenal Jepun, Sato Kondo.

Gambar pertama itu dikeluarkan menerusi kempen Pantene #HairWeGo My Hair Moves Me Forward di akhbar utama, Asahi Shimbun pada 7 Januari lalu.
Menurut portal media antarabangsa, Presiden penjagaan rambut dan kecantikan antarabangsa di P&G, Alex Keith memilih bayi itu sebagai wajah kempen Pantene selepas membaca satu artikel mengenai Chanco pada tahun lepas.


 


Tag: Instagram, Jepun, bayi, BabyChanco, Chanco, Pantene



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.