Usaha murid SK Presint 9 (1) membuat dan menyerahkan kad ucapan Hari Kebangsaan kepada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sia-sia apabila ia mendapat perhatian pemimpin negara itu.

Dr Mahathir pada Rabu memuat naik ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar berkenaan melalui satu entri di Facebook, dan menyifatkannya sebagai satu paparan semangat kemerdekaan yang diinginkan daripada generasi muda.

"Terima kasih kepada murid-murid SK Putrajaya Presint 9 (1) kerana melawat pejabat saya pagi tadi ketika saya sedang bermesyuarat.

"Inilah semangat menyambut kemerdekaan yang kita mahukan dari semua rakyat Malaysia, iaitu merayakan dengan penuh bangga dan gembira.

"Kemerdekaan adalah sebuah nikmat yang penting bagi sesebuah negara," tulis beliau dalam entri tersebut.


Penyerahan kad itu dibuat oleh 10 wakil pelajar sekolah terbabit kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat dan Abu Bakar Yahya, di Bangunan Perdana Putra, pagi tadi.