Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019

Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Para peserta kayuhan berbasikal GR PolyCC 2019 bergambar setibanya di SK Pernu - Foto Politeknik Merlimau
MERLIMAU: Berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi, sekumpulan staf Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) telah mengadakan sesi percubaan kayuhan berbasikal bermula dari Kampus Politeknik Merlimau menuju ke Sekolah Kebangsaan Pernu.

Penganjuran program berbasikal GR PolyCC 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac 2019 ini bersempena dengan sambutan Jubli Emas 50 tahun Politeknik Malaysia pada tahun ini.

Menurut Ishak bin Mohamed Basir selaku Pengarah Program berkata, pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
Berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi, sekumpulan staf Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) telah mengadakan sesi percubaan kayuhan berbasikal bermula dari Kampus Politeknik Merlimau menuju ke Sekolah Kebangsaan Pernu.  Penganjuran program berbasikal GR PolyCC 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac 2019 ini bersempena dengan sambutan Jubli Emas 50 tahun Politeknik Malaysia pada tahun ini.  Menurut Ishak bin Mohamed Basir selaku Pengarah Program berkata, pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih sama ada sesuai atau pun tidak.  “Kami telah memulakan kayuhan sekitar pukul 9.00 pagi di Kampus Politeknik Merlimau menuju ke SK Pernu dengan menggunakan laluan Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) dan Jalan Paya Dalam/Umbai.   "Kemudian setelah sampai ke SK Pernu, kumpulan berbasikal ini melalui pula jalan dalam bagi memberi sedikit cabaran laluan kampung untuk sampai ke kampus PMM”, ujarnya ketika ditemui.  Beliau turut menyatakan, pada 23 Mac nanti, program turut melibatkan beberapa aktiviti gotong royong dan Polytechnic Social Responsibility (PSR) di beberapa kawasan laluan berbasikal yang telah dikenal pasti melibatkan lebih 100 peserta kayuhan.  “Alhamdulillah, kesemua 15 peserta yang mengikuti cabaran awal berbasikal ini telah menamatkan kayuhan dengan jayanya dengan jarak 33 kilometer”, ujar beliau lagi.  Sementara itu, Sharifuddin bin Mohd Yusof, Ketua Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan PMM berkata, program kayuhan ini turut diadakan serentak bersama Politeknik Ungku Omar (PUO) sementara politeknik lain mengadakan program Jubilee Walk PolyCC di politeknik masing-masing.  ----------- *Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

“Kami telah memulakan kayuhan sekitar pukul 9.00 pagi di Kampus Politeknik Merlimau menuju ke SK Pernu dengan menggunakan laluan Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) dan Jalan Paya Dalam/Umbai.

"Kemudian setelah sampai ke SK Pernu, kumpulan berbasikal ini melalui pula jalan dalam bagi memberi sedikit cabaran laluan kampung untuk sampai ke kampus PMM”, ujarnya ketika ditemui.

Beliau turut menyatakan, pada 23 Mac nanti, program turut melibatkan beberapa aktiviti gotong royong dan Polytechnic Social Responsibility (PSR) di beberapa kawasan laluan berbasikal yang telah dikenal pasti melibatkan lebih 100 peserta kayuhan.

“Alhamdulillah, kesemua 15 peserta yang mengikuti cabaran awal berbasikal ini telah menamatkan kayuhan dengan jayanya dengan jarak 33 kilometer”, ujar beliau lagi.

Sementara itu, Sharifuddin bin Mohd Yusof, Ketua Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan PMM berkata, program kayuhan ini turut diadakan serentak bersama Politeknik Ungku Omar (PUO) sementara politeknik lain mengadakan program Jubilee Walk PolyCC di politeknik masing-masing.

-----------
*Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.