Setiap impian punya ruang untuk menjadi realiti dan setiap potensi individu hanya memerlukan peluang untuk menjadi 'bintang' dalam bidang masing-masing.
Falsafah inilah yang menjadi tulang belakang penubuhan Astro AWANI, saluran televisyen berita 24 jam pertama di negara ini yang sentiasa mengolah persepsi berita di kaca mata penonton menerusi saluran Astro 501.
Bermula dengan sekumpulan kecil individu profesional bidang penyiaran tempatan dan anak-anak muda yang bercita-cita tinggi, mereka berani menongkah dunia baharu dan memulakan segalanya—persiapan pejabat, perancangan kandungan berita dan pengurusan wartawan dan pembaca berita—di samping sokongan tidak berbelah bahagi oleh ibu pejabat Astro di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Mungkin ramai yang mengenali nama-nama gah bidang penyiaran negara seperti Suhaimi Sulaiman dan Kamarul Bahrin Haron dari sebuah stesen televisyen tempatan dahulu yang menjadi pemikir dan penggerak kejayaan Astro AWANI, namun bagi Editor Astro AWANI, Ashwad Ismail, beliau menempah nama melalui Astro AWANI yang dianggap ‘sekolah’ dan ‘rumah’ pertamanya di dalam bidang penyiaran.
“Sewaktu permulaan Astro AWANI, kami mempunyai peluang untuk memulakan sebuah pergerakan yang baru di dalam bidang penyiaran. Ia merupakan antara waktu yang paling mengasyikkan sepanjang penglibatan saya di dalam bidang ini.
“Kami mula bersiaran pada 6 September 2007 dengan memberi tumpuan kepada laporan berita luar negara yang diolah melalui perspektif rakyat Malaysia memastikan bahawa setiap laporan yang disiarkan di saluran kami kekal relevan kepada penonton. Saya masih ingat lagi ‘tagline’ pertama kami, ‘Gerbang Dunia Kita’,” kata Ashwad.
10 tahun melihat ke hadapan, Astro AWANI kini mempunyai pengikutnya yang tersendiri sehingga dikenali sebagai sebuah saluran berita yang berkredibiliti, seimbang dan berani dalam mempelopori isu-isu rakyat yang ada kalanya dilupakan oleh berita arus perdana.
Saluran yang sentiasa melangkah jauh bagi memberi laporan terkini, merentasi sempadan bagi membawa laporan krisis luar negara dan menjadi medan pertentangan politik dalam negara, di samping menjadi saluran paling ditonton rakyat Malaysia untuk laporan langsung dan terkini.
6 haribulan September 2007, Zaiful Ariffin menggalas tugas berat mendepani kamera untuk menjadi penyampai berita pertama saluran ini. Sedekad berlalu, wajah-wajah penyampai saling bertukar ganti, namun Astro AWANI masih teguh berdiri menjadi sebuah institusi yang melahirkan bakat-bakat bidang penyampaian dan berita yang disegani di setiap pelosok negara disamping saling menghiasi kaca televisyen pelbagai saluran lain.
Bakat-bakat yang dilahirkan Astro AWANI bukan juga calang-calang sehingga memenangi anugerah-anugerah berprestij sepeti Anugerah Buletin TV Terbaik, Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik dan Laporan Berita TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa, Malaysian Press Institute dan sebagainya.
“10 tahun lalu, saya antara wartawan paling muda yang ada di dalam rangkaian ‘tukang cerita’ atau storyteller di Astro AWANI. Waktu itu kami hanya punya satu impian. Impian untuk membawa perubahan dalam citra media Malaysia.
“Sepanjang 10 tahun ini, dek kerana kemajuan teknologi yang sangat pantas, kami meranduk pelbagai fasa transisi dan sentiasa menyantuni dinamik perubahan kepenggunaan kandungan berita oleh orang ramai. Cara kita bekerja sudah tidak sama dan saya anggap ini fasa yang amat menyeronokkan,” tambah Ashwad.
Warga kerja Astro AWANI sejak 10 tahun yang lalu berkumpul pada malam 6 haribulan September pada tahun 2017 bagi meraikan pertumbuhan tunas yang saling mereka tanam sedekad yang lalu sehingga menjadi sebuah institusi yang disegani sekarang.
Bertempat di bangunan G Tower, ibu negara majlis tersebut dihadiri oleh individu-individu yang menjadi pelopor seperti Ketua Pegawai Eksekutif Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron dan bekas Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz, penyunting-penyunting, wartawan dan penyampai berita, serta warga-warga Astro AWANI dari bahagian pemasaran, penjualan sehinggalah pentadbiran.
Majlis tersebut turut menyebut rentetan sejarah pemulaan Astro AWANI sebagai sebuah saluran yang menggabungkan bakat-bakat baru dan lama menerusi gandingan Suhaimi Sulaiman, Kamarul Bahrin, Syed Faradino Omar, Ian Johan Ariff, Rizal Zulkaplee dan Ashwad Ismail.
Majlis turut dihiasi dengan pelbagai persembahan manarik dari warga kerja Astro AWANI termasuk tarian tradisional yang dibawakan khas mengikut negeri seperti dari Sarawak dan Johor, selain persembahan muzikal dari jurukamera dan bahagian teknikal yang menghiburkan setiap pengunjung.
Kini, menurut warga kerja Astro AWANI, masanya sudah tiba bagi saluran ini untuk mengorak langkah lebih jauh dan berani bagi menyahut cabaran dunia yang semakin moden dan bersifat digital.
“Kita adalah storyteller. Itu asas yang sentiasa relevan menunjangi kekuatan untuk terus menyalurkan info lantas masyarakat meraikan kepelbagaian maklumat. Memandang ke hadapan, dengan disusuli teknologi moden yang dibawa arus Revolusi Perindustrian 4.0 serita Internet of Things (IOT), berita yang sampai ke telefon bimbit lebih bersifat personal dan lebih mikro. Apa yang berlaku dalam lingkungan 10 kilometer radius kawasan anda, di mana sahaja anda berada, semikro itulah berita disalurkan kepada anda. Itulah Astro AWANI tidak lama lagi,” jelas Ashwad.
“Malam ini bukan sahaja malam kita menyambut ulang tahun Astro AWANI tetapi sebagai saksi kepada permulaan baru saluran ini untuk menjadi lebih baik dan berdaya saing di peringkat global."
Nuradilla Noorazam
Wed Sep 06 2017
10 tahun ke hadapan, menurut warga kerja Astro AWANI, masanya sudah tiba bagi saluran ini untuk mengorak langkah lebih jauh dan berani bagi menyahut cabaran dunia yang semakin moden dan bersifat digital.- Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024