Bermula hari ini sehingga pembentangan Bajet 2016 pada 23 Okt nanti, Astro AWANI akan meninjau pandangan sektor perniagaan dan pengguna.

Minggu ini, tumpuan kami adalah berkenaan kejatuhan nilai ringgit dan kesannya kepada sektor perniagaan dan pengguna.

Melihatkan kepada kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat sekarang, apakah tabiat pelancongan anda turut berubah?

Apakah kejatuhan tersebut memberikan kesan kepada perancangan pelancongan anda?

Di media sosial, kami akan turut membuat tinjauan berkenaan situasi ekonomi semasa dan harapan anda untuk Bajet 2016.

Kongsikan pandangan anda ke media sosial kami dengan #Bajet2016, untuk kami memahami harapan bajet 2016 anda.