Membeli barangan dengan potongan harga sememangnya menjadi kegemaran setiap pengguna.

Sejak kebelakangan ini, kupon diskaun digital dijadikan aset tarikan untuk menarik perhatian pembeli.

Namun, secara amnya, penggunaan kupon digital untuk membeli barangan di Malaysia tidak begitu mengalakkan seperti di luar negara.

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh pedagang elektronik, iprice, masyarakat di Asia dilihat tidak begitu berminat dalam menggunakan kupon diskaun digital untuk membeli produk.

Ini kerana, mereka dipercayai lebih tertarik dengan budaya ‘bargain’ kerana ia lebih realistik daripada penggunaan kupon diskaun.

Menurut kajian itu, kebanyakan masyarakat di Asia ragu-ragu tentang tawaran diskaun yang diberikan menerusi kupon digital kerana mereka merasakan bahawa ianya tidak menjimatkan.

Justeru, kami di Astro AWANI ingin meninjau pandangan rakyat Malaysia mengenai penggunaan kupon diskaun digital.

Sertai pandangan anda menerusi undian di bawah: