Valet jodoh untuk mereka yang 'forever alone'

Valet jodoh untuk mereka yang 'forever alone'
Netizen menjadikan 'valet doa' sebagai parodi, memperkenalkan pelbagai 'inovasi' terbaru buat pengguna.
SELEPAS kontroversi perkhidmatan kirimian doa atau valet doa baru-baru ini, ramai yang menyifatkan ia sebagai keterlaluan dan tidak sepatutnya digunakan untuk mengautkan keutuntungan.

Tidak kurang juga ramai netizen yang 'mencetuskan' idea valet masing-masing. Antara yang menjadi gurauan warga media sosial termasuklah valet jodoh.

Valet jodoh merupakan perkhidmatan 'disediakan' oleh pengguna Twitter @idanurasella dan bayarannya agak mahal.

Ada juga yang 'menyediakan' perkhidmatan "Senaman Valet", di mana anda hanya perlu membayar bagi seseorang untuk melakukan senaman bagi pihak anda.


Kebetulan pula ketika ini musim keputusan peperiksaan bagi peringkat universiti. Pengguna Twitter @aidilrzk akan 'membantu' anda untuk memaklumkan markah CGPA, terus kepada ibu bapa anda.

Jika anda malas untuk mandi, jangan risau. Ada valet mandi.

"Valet Assignment" pula mungkin sesuai bagi mereka yang baru teringat esok ada tugasan yang perlu diserahkan kepada pensyarah. 

Namun masih ada juga yang mengharapkan perkhidmatan valet doa, dengan harapan harga minyak turun RM1.00 seliter.
BACA: Perkhidmatan kiriman doa melalui 'Valet Doa' dapat kecaman orang ramai

BACA: Jangan terpedaya pakej 'Valet Doa' - Jakim

Pengasas Valet Doa akan jumpa mufti beri penjelasan