VistaJet Ltd melancarkan program pengembara paling meluas yang direka khas untuk kanak-kanak, dikenali sebagai 'Adventures in the Sky'.

Dicipta untuk penumpang berumur antara satu hingga 16 tahun, Adventures in the Sky, menjadikan ruang kabin VistaJet kepada bilik permainan dan tempat mengadakan parti.

VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global pertama dan satu-satunya yang mengambil langkah itu untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk setiap penumpang.

Syarikat itu, dalam satu kenyataan hari ini berkata program tersebut terdiri daripada hiburan interaktif, aktiviti pendidikan dan parti yang disesuaikan, di udara untuk mewujudkan perjalanan impian pengembara muda.


Kanak-kanak akan terlibat secara aktif dengan buku-buku ilustrasi bercerita serta hamper aktiviti keluarga, dan dilayan oleh petugas terlatih melayani kanak-kanak, menawarkan menu khas dan pelbagai pengembaraan interaktif.

Siri parti bertema pula dicipta dengan kerjasama Sharky and George, syarikat acara kanak-kanak berpangkalan di London. Setiap aktiviti dihoskan oleh pasukan pakar.

Foto: www.vistajet.com

Perkhidmatan kanak-kanak tambahan itu dikhususkan untuk anggota Program VistaJet. Perkhidmatan itu tersedia dari pelbagai lokasi global dalam pelbagai bahasa.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.vistajet.com/children

-- BERNAMA