Seorang wanita bernama Stacey Eden trending di media sosial khususnya Twitter, apabila dengan beraninya mempertahankan satu pasangan Muslim ketika berada dalam sebuah tren.

Stacey, 23 tahun, dari Sydney, Australia, mendengar seorang wanita lain menuduh pasangan itu sebagai "penyokong ISIS".

Tidak senang dengan kata-kata itu, Stacey lantas meminta wanita tersebut untuk berhenti bercakap, selain turut membela pasangan itu dengan berkata ISIS tidak mewakili keseluruhan Muslim.

"Lebih baik diam jika awak tidak punya sesuatu yang baik untuk diperkatakan," kata Stacey.

Stacey juga berkali-kali meminta agar wanita itu menghormati pasangan Muslim berkenaan.


Tidak cukup dengan membela pasangan itu, Stacey juga mengambil keputusan untuk tidak turun dari tren sehinggalah pasangan itu selamat tiba ke destinasi mereka kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Pasangan Muslim tersebut, melalui akaun Facebook, mengucapkan terima kasih kepada Stacey atas keberaniannya membela mereka.

Pasangan Muslim itu berterima kasih kepada Stacy kerana mempertahankan mereka.

Diskriminasi terhadap umat Islam bukan perkara pelik di negara-negara Barat sejak insiden 11 September 2001, dan kini isu ISIS memburukkan lagi keadaan.