SAAT Heather McManamy disahkan menghidap kanser payudara dua tahun lalu, beliau bertekad untuk terus tabah dan kekal sebagai wanita yang gemar berjenaka walau di ambang ajal, lapor Mashable.
Heather telah mencipta koleksi kad ucapan untuk anak perempuan beliau, Brianna, bermula dari hari pertama persekolahan sehinggalah ke hari perkahwinan.
Kesemua kad ini telah dikumpul dan diterbitkan dalam bentuk buku berjudul Cards for Brianna yang diterbitkan oleh Sourcebooks.
Apabila Heather meninggal dunia pada 15 Disember lalu pada usia 36 tahun, dia masih mahu menenangkan hati ahli keluarga dan rakan terdekat agar tidak bersedih dengan pemergian beliau.
Heather sebenarnya telah meminta suami beliau, Jeff, untuk menyiarkan ‘warkah terakhir’ beliau di Facebook sesudah beliau meninggal dunia.
Surat yang disiarkan di status Facebook Heather serta-merta mendapat perhatian pengguna Facebook kerana mesej yang disampaikan penuh mendalam, mengharukan, sambil diselang-seli dengan unsur jenaka yang membuat para pembaca tersenyum sambil mengesat air mata.
“Jadi…saya ada beberapa berita baik dan berita buruk,” surat Heather bermula. “Berita buruk, nampaknya saya sudah meninggal dunia. Berita baik, kalau anda sedang membaca (surat) ini, berkemungkinan besar anda masih belum meninggal (kecuali memang ada wifi di alam barzakh).”
Heather menyambung surat dengan menyatakan beliau sudah tidak akan bersama lagi dengan orang yang tersayang, dan berpesan kepada mereka semua agar berkongsi memori indah bersama anak beliau, Brianna, dan tidak kekal meratap kesedihan.
“Jangan sesekali katakan saya dikalahkan kanser,” tulis beliau. “Mungkin kanser dah rampas hampir segala-galanya dari hidup saya, tetapi kanser tidak pernah merampas cinta dan harapan dan kebahagiaan saya.
“Ini bukan peperangan, ini cuma hidup yang memang selalunya rambang dan tidak adil, kadangkala itulah yang berlaku. Saya tidak kalah. Saya rasa cara saya hidup bertahun-tahun dengan kanser satu kejayaan. Ingat itu.”
Heather mengakhiri nota tersebut dengan mengingatkan rakan dan ahli keluarga untuk menikmati hidup sepenuhnya dan menghargai setiap hari.
“Raikan keindahan hidup dengan parti yang hebat sebab kamu semua tahu itu yang saya mahukan dan saya percaya saya akan hadir juga ke sana (kamu tahu saya tak suka terlepas semua keriangan itu). Saya sangat berharap dapat menghantui kamu semua, jadi ini bukan ucapan selamat tinggal.”
Nizam Bakeri
Wed Dec 23 2015
Heather McManamy meninggal dunia akibat kanser payudara. Dia meninggalkan warkah terakhir di Facebook dengan mesej meruntun perasaan. - Foto Facebook
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Consider This: Kesuma — First 100 Days as Human Resources Minister
It's been a little over 100 days since the cabinet reshuffle when Steven Sim was moved from being one of two Deputy Finance Ministers to holding a full Human Resources portfolio. How has he fared so far? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Steven Sim about his first 100 days as the Minister of Human Resources.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
Warkah terakhir pesakit kanser penuh nasihat, jenaka mengharukan
Heather McManamy meninggal dunia akibat kanser payudara. Dia meninggalkan warkah terakhir di Facebook dengan mesej meruntun perasaan.