Tiga kementerian iaitu Pertahanan, Kerja Raya beserta Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bekerjasama untuk menggerakkan aset masing-masing bagi menghantar air ke kawasan yang mengalami krisis.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menghantar sembilan trak 'water browser' yang setiap satu boleh membawa 10,000 liter air.
Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia pula bersedia menggerakkan enam trak yang boleh membawa kapasiti 5,000 hingga 15,000 liter air, katanya dalam satu kenyataan Ahad.
Beliau berkata Pihak Berkuasa Tempatan akan menggerakkan anggota dan asetnya sekiranya bantuan yang disalurkan ATM dan persatuan tersebut masih tidak mencukupi.
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pula akan memastikan semua trak tersebut akan diuji kualiti airnya terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk diagih kepada penduduk.
"Dalam pada itu, ingin saya maklumkan bahawa Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sedia menggerakkan ahli-ahli Bridged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) ke pusat bantuan bekalan air bagi membantu warga emas, wanita atau penduduk untuk mengangkut air ke kediaman mereka termasuk di flat," kata Hishammuddin.
Beliau berkata pada 13 Feb lepas, ATM telah mengatur gerak tiga trak water browser ke Dengkil membabitkan Kampung Selangor Dredging, Taman Arked dan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Paya Indah.
Katanya sepanjang 10 hari operasi tersebut, sebanyak 1,015,00 liter air telah diagih kepada pengguna di tiga lokasi berkenaan melibatkan 950 buah rumah dan premis serta 2,750 penduduk.
"Bantuan ini diperluaskan ke Balakong membabitkan kawasan Pangsapuri Kasuari, Taman Kenari dan Taman Setia yang 450 buah rumah dan 2,250 orang penduduk terlibat dalam operasi pengagihan air ini, serta sebanyak 85,000 liter air (setakat 25 Feb) diagihkan kepada penduduk Balakong," katanya.
Bernama
Mon Mar 03 2014
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
PRU15: "Fitnah, kenyataan tular itu palsu" - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau berkempen di kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.
Malaysia, Thailand setuju wujudkan MoU pertahanan
Memorandum Persefahaman (MoU) Pertahanan melibatkan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada Isnin sebagai kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang.
Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua - Hishammuddin
Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.
BN menang besar turut disumbang undi ATM - Penganalisis politik
Kemenangan undi BN telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang lepas.
PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN.
Menteri Kuartet perhalusi SOP kemasukan lebih ramai pekerja asing, termasuk pembantu rumah - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pengusaha mengalami kesukaran untuk merancakkan semula perniagaan, kerana kekurangan pekerja susulan SOP yang ketat.
Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober
Dua lagi negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara seterusnya selepas setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara.
AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China
PH berkata persepsi yang ditimbulkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.
Prospek gelembung pelancongan, SOP sektor sukan dalam Mesyuarat Kuartet esok - Hishammuddin
Mesyuarat itu juga akan beri tumpuan kepada usaha mempermudahkan daripada 181 kepada 10 prosedur operasi standard (SOP)