Hans Yusoff

Penyampai,Wartawan dan Penerbit
 
Follow Hans Yusoff on twitter
Hans Yusoff lahir pada 19 Julai 1985 merupakan anak kelahiran Pulau Pinang. Kerjaya sebagai pengacara dan penyampai berita mula dicungkil sejak menyertai rancangan realiti ‘On Air’ musim pertama anjuran Astro. Bakatnya berkembang apabila menduduki tempat ketiga dalam pertandingan tersebut dan ditawarkan bekerja di Astro AWANI pada Julai 2012. Minat mendalam di dalam politik dan perkembangan semasa membuka peluang buat Hans untuk memikul tanggungjawab penting termasuk menjadi penyampai Hari Ini 8mlm serta membuat liputan komprehensif Pilihan Raya Umum melalui kempen ‘Malaysia Memilih 2013’. Hans juga bertindak sebagai moderator Debat Awani dan Penerbit serta Pengacara program Cerita Suami Isteri (CSI) sejak tahun 2017. Perkataan latin ‘Sapere aude𔃷 yang membawa maksud ‘Dare to know’ atau ‘dare to be wise’ merupakan ungkapan kegemarannya. Hans sudahpun mendirikan rumah tangga dengan penyampai Astro Awani Malissa Sahari yang berasal dari Kuching. Pasangan ini menghabiskan masa di antara kediaman mereka di kampung halaman mereka Pulau Pinang dan Sarawak.
Oleh Hans Yusoff
Loading More

Back to top