Pengguna dilihat mula memborong barangan menjelang pelaksanaan GST pada 1 April ini.

Melalui perkongsian gambar di laman sosial, kebanyakan rak yang menempatkan barangan terutama keperluan harian semakin kosong.

Semakin hampir hari pelaksanaan GST, kedai dan pasar raya dipenuhi pelanggan yang tidak mahu ketinggalan mendapatkan harga rendah.


Rata-rata kedai dan pasar raya dilihat cuba menghabiskan stok barangan dengan menawarkan harga murah sebelum harga baru diperkenalkan Rabu ini.





Meskipun sesetengah keperluan harian tidak dikenakan GST namun makanan dan barangan bayi antara yang paling cepat kehabisan stok.





Ramai yang tidak kisah mengeluarkan belanja besar buat masa ini untuk memborong keperluan demi penjimatan sebelum GST dilaksanakan.