Ramai bintang popular seperti Justin Bieber dan artis tempatan Zee Avi, mula popular di Youtube sebelum menjadi artis rakaman sebenar.

Kini trending, artis Youtube ataupun Youtuber, Elizabeth Tan dari Taman Melawati Kuala Lumpur yang mula popular dengan lagu rakaman semula pencuri oleh Mark Adam.

Elizabeth kembali trending di media sosial dengan lagu rakaman semula, Selamat Hari Raya nyanyian Saloma.

Ikuti temubual Elizabeth menerusi Skype.