Syarikat penyiaran NBC membatalkan projek sitkom bersama pelawak terkenal, Bill Cosby, 77, selepas wujud dakwaan serangan seksual terhadapnya.

Selain itu syarikat penstriman media atas talian, Netflix pula menangguhkan penyiaran persembahan khas 'Bill Cosby 77' di rangkaiannya.

Sehingga kini Cosby tidak memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai dakwaan itu.

Temubual Cosby bersama Associated Press turut trending apabila dia meminta agensi berita tersebut tidak menyiarkan kenyataannya mengenai dakwaan merogol itu.



Namun peguamnya mengeluarkan kenyataan bahawa Cosby tidak ingin memanjangkan isu ini dengan memberi komen.

Bagi peminat, Cosby sepatutnya menjawab tuduhan itu namun juga berhak untuk mendiamkan diri.


Ada yang menganggap tindakan menangguh dan membatalkan siaran melibatkan Cosby sebagai berat sebelah kerana pesalah seksual lain masih diberi ruang di saluran mereka.


Kisah lampau Cosby mula terbongkar apabila Joan Tarshis, 66 tahun mendakwa dirogol Cosby semasa dia berusia 19 tahun.

Pada selasa, model Janice Dickinson pula mendakwa dirogol Cosby pada 1982.

Dakwaan susulan itu menyebabkan ada yang tidak kurang yakin dengan tuduhan terhadap Cosby.


Namun bagi yang percaya dengan dakwaan itu, mereka berasa terpedaya dengan watak yang dibawanya di televisyen dan sangat sedih.

Cosby terkenal dengan bapa yang penyayang di televisyen menerusi sitkom 70-an the Bill Cosby Show.

Dakwaan terhadapnya sedikit sebanyak sudah mencalar imej yang dibawanya itu.