Kecoh di media sosial foto peribadi selebriti Hollywood dikongsi di media sosial selepas penggodam dipercayai berjaya membolosi sistem penyimpanan data pengkomputeran awam iCloud.

Ramai yang mengecam tindakan yang dibuat penggodam apabila foto peribadi tersebut dikongsi di laman 4chan.

Antara selebriti yang terkesan ialah Selena Gomez, Scarlett Johansson, Kim Kardashian, Victoria Justice, Kate Bosworth dan juga pemenang Oskar, Jennifer Lawrence.

Gambar peribadi yang dibongkar menerusi simpanan iCloud itu termasuk gambar bogel yang diambil untuk simpanan peribadi.

Ramai yang mengecam tindakan yang dibuat penggodam kerana tidak setuju fail peribadi dikongsi kepada umum.

Paling mencuri tumpuan gambar bogel Jennifer Lawrence yang mana telah menyebabkan orang ramai mahu pesalah dibawa ke muka pengadilan.

Ada yang menasihati orang ramai apa perasaan mereka jika ia berlaku kepada ahli keluarga mereka.

Blogger Hollywood terkenal Perez Hilton turut memohon maaf kerana berkongsi gambar bogel Lawrence dan Justice.

Hilton kemudian membuang gambar tersebut dari blognya namun menegaskan dibuat bukan kerana menerima tekanan pihak tertentu.