Kumpulan militan IS atau Islamic State telah menguatkuasakan undang-undang ‘anti-hipster’ di wilayah jajahan mereka yang terletak di Raqqa, Syria.

Memetik laporan New York Post, sesiapa yang tidak mematuhi undang-undang tersebut akan dimasukkan ke dalam penjara selama 10 hari.

Undang-undang terbabit termasuklah melarang golongan lelaki muda daripada memakai skinny jeans, menghisap rokok malahan mendengar muzik di telefon bimbit.

Para ‘hispter’ ini juga akan dipaksa menjalani satu kursus agama sebagai syarat hukuman.

Selain itu mereka juga dikehendaki menduduki satu ujian bagi memastikan mereka benar-benar tidak lagi terikut dengan budaya moden itu.

Golongan yang melepasi ujian tersebut akan dilepaskan. Manakala mereka yang gagal harus membayar denda dan terus dipenjara sehinggalah benar-benar insaf.