Pelbagai cara orang melakukan Ice Bucket Challenge bagi mengutip derma dan kempen kesedaran penyakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS) atau lebih dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig.

Paling menarik dan menjadi perhatian ramai, aksi kumpulan rock Amerika Syarikat, Foo Fighters, yang dianggap paling epik untuk cabaran ALS.

Foo Fighters menjayakan cabaran itu dengan melakonkan parodi filem tahun 1976 'Carrie'.

Saksikan video penuh di saluran Youtube rasmi Foo Fighters.