Marlina Manaf

Penyampai dan Wartawan
 
Follow Marlina Manaf on twitter Follow Marlina Manaf on instagram
Marlina Manaf merealisasikan impiannya sejak remaja untuk menjadi wartawan penyiaran apabila melangkah masuk untuk memulakan tugas di Astro AWANI pada tahun 2007. Sebelum itu, titik permulaan kerjayanya di dalam industri media adalah ketika dia berusia 22 tahun dan bertugas sebagai pembantu meja berita di sebuah agensi berita nasional. Seorang yang lasak dan tidak segan menyahut cabaran, Marlina sering menjadi antara wartawan pertama yang sampai di lokasi liputan kecemasan untuk membuat liputan seperti tanah runtuh Cameron Highlands, nahas helikopter di Semenyih dan kebakaran Madrasah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Kebolehannya untuk mengupas cerita secara mendalam sambil mengawal curahan emosi di kalangan mereka yang terkesan membuatkannya calon paling sesuai untuk mengendalikan lintas langsung yang acap kali memukau penonton. Selain daripada itu, lulusan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Perhubungan Awam) dari Universiti Teknologi MARA itu juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara rancangan bual bicara Perspektif Kita. Di luar bilik berita, Marlina adalah seorang pelari tegar. Dia juga seorang yang meminati sukan mendaki dan seni mempertahankan diri seperti Karate-Do.
Oleh Marlina Manaf
Style District (Episod 22)

September 17, 2017

Style District (Episod 21)

September 10, 2017

Awani 7:45 (27 Sept 2013)

September 28, 2013

Buletin Awani Khas Merdeka

September 01, 2013

Loading More

Back to top