Permintaan logam nadir bumi kian meningkat di seluruh dunia. Ia digunakan untuk produk seperti telefon pintar, komputer riba, kereta hybrid, dan panel solar. Dalam beberapa tahun ini, ada banyak pembahasan tentang Malaysia sebagai pengeluar logam nadir bumi terutama sekali tentang bahan-bahan nadir bumi yang membahayakan persekitaraan dan manusia.

Vantage Point membahas tentang kebaikan dan keburukan isu logam nadir bumi bersama Dato Dr Ir Ahmad Zaidee Laidin yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Akademi Sains Malaysia.

Saksikan Vantage Point pada hari Khamis (26 September) pada jam 8.30 malam hanya di Astro AWANI.