“Datang KL? Sebab saya ada rumah kat sini. Dan gaji sini lagi besarlah.”

Ahmad Azlan Azizan, 27

"Tembak-menembak tapi tidak kenalah. Dia larilah, komunis itu. Dia dah biasa dalam hutan."

Alias Ashaari, 76

"Kita boleh berkawan dengan semua. Surau pergi, karaoke pergi, poco-poco pun pergi! Orang surau pun kita baik, orang poco-poco pun kita baik."

Aminah Mohd. Sharif, 62

"Ayah saya terbuka. Kalau saya berminat untuk berniaga, saya boleh menggunakan khidmatnya. Kalau tidak, saya tetap boleh buat apa yang saya minat."

Darren Teh, 18

“Saya umur sudah 60. Jadi saya relaks juga lah. Anak saya tolong. Saya datang ke gerai, pergi ke kedai tolong beli barang sahaja. Lepas itu saya relaks lah!”

Hamid Mohd. Hussen, 60

"Seronok memasak sebab kita boleh menjamu selera orang. Selera mereka, apa yang mereka nak, kita bagi."

Hj. Md. Hairi Monel, 52

"Saya lebih suka buat kerja yang melibatkan logik. Saya tidak cenderung ke arah bahagian kreatif seperti melukis atau berkarya."

Marcus Lee, 18

"Cita-cita saya adalah untuk memenangi Hadiah Nobel."

Muhammad Rifaat Abu Razak, 20

“Dulu masa saya belajar Inggeris, susah! Dah lah mahal. Nak mengeluarkan duit untuk tuisyen mahal sangat. Bila mereka kata tak mampu, jadi kita ajar lah.”

Maisarah Atan, 27

"Saya sedang belajar kursus kejuruteraan geologi. Saya dipengaruhi abang saya. Ini adalah cita-citanya tetapi dia tidak berjaya."

Russidy Lovero Sidin, 22

"Bahagia buat diri saya adalah bersama keluarga. Saya ada keluarga, ada isteri dan anak. Anak saya dah semakin dewasa. Kita kena cari bahagia itu."

Saad Mahmud, 52

"Sukan merupakan aktiviti di mana anda harus berkomunikasi dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah."

Nicholas Loi, 18

“Gen Y ni kalau kita tengok sekarang, mereka lebih hendak tahu lebih dari segi maklumat. Maklumat sentiasa di hujung jari.”

Wan Zalmi Wan Othman, 39

"Tahu-tahu saya di bawah kereta. Saya selawat banyak kali. Ya Allah, masihkah saya hidup? Saya buka mata, Alhamdulillah, lagi kuat saya selawat. Barulah orang datang angkat kereta."

Yasman Pakih, 56

"Bila pesakit datang dalam keadaan yang sakit, kita beri rawatan dan kemudahan, pesakit akan rasa gembira. Kita akan rasa gembira!"

Dr. Juliana Johari, 33

"Tempat duduk, makanan. Kita nak makan yang sedap sikit, pergi restoran yang baik sikit. Kita nak anak kita pergi sekolah yang baik sikit. Kan?"

Tom Yeoh, 38

"Bila di Kuching, kamu boleh makan mee kolok, laksa, kuih cap. Di Petaling Street, boleh makan mee Hokkien dan bubur. Semuanya sedap!"

Beatrice Chai, 20

“Permainan komputer boleh memperbaiki cara kita membuat keputusan dan membuat kami jadi orang yang lebih baik. Bila kita buat keputusan yang lebih bagus, kita akan jadi manusia yang lebih bagus!”

Too Seng Zhao, 19

“Kami ada air di sini. Mereka yang miskin di sana (India) tidak dapat air. Kita mengambil mudah dengan kesenangan yang kita ada.”

Jessica Liew, 22

“Saya lihat jenazah seolah ia masih hidup. Saya telah diajar untuk menghormati jenazah walaupun ia sudah tidak bernyawa.”

Jayashini Vasanthan, 23

#kitasama

Cerita setiap daripada kita mungkin berbeza. Tetapi dasarnya, kita menikmati kebahagiaan yang sama. #KitaSama