Facebook
Twitter
Email
Google
whatsapp icon
5 Tahun
MH370
"Goodnight
Malaysian
three seven zero"
- Rakaman suara terakhir dari pesawat Malaysia Airlines MH370 pada jam 0119 (GMT+8) pada 8 Mac, 2014

Jumlah Penumpang

Penumpang

Krew Penerbangan

Jumlah penumpang Malaysia

Beberapa jam pertama

Seorang lelaki sedang berdiri bersebelahan sepanduk memaparkan MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di China sejurus mendengar khabar kehilangan pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 pada 8 Mac, 2014.

KRONOLOGI

Pada awal pagi 8 Mac 2014, sebuah penerbangan rutin harian, pesawat Malaysia Airlines MH370, dari Kuala Lumpur ke Beijing, dilaporkan hilang bersama semua penumpang dan anak kapal. Selama 5 yang lepas, dengan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran dari Laut China Selatan hinggalah ke selatan Lautan Hindi, tidak ditemui sebarang jejak pesawat tersebut. Sementara operasi untuk mengesan lokasi MH370 masih diteruskan, pada Januari 2015, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa kehilangan tersebut sebagai sebuah ‘kemalangan’.

Garis masa peristiwa penting dalam misteri terbesar industri penerbangan.

  • Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur

    8 MAC 2014

    Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi waktu tempatan, menuju ke Beijing. Ia hilang dari pemantauan radar awam Malaysia pada jam 1.30 pagi ketika ia mendekati sempadan ruang udara Vietnam. Walau bagaimanapun, tiada komunikasi antara pesawat dengan pusat kawalan trafik udara (ATC) Vietnam selepas itu.

  • menara kawalan lapangan terbang

    9 MAC 2014

    Panglima Tentera Udara Malaysia memberitahu bahawa pesawat berkenaan mungkin mengubah haluan menuju Kuala Lumpur tanpa sebab tertentu, dan hanya memetik data radar. Pencarian yang bermula di Laut China Selatan kemudian diperluas ke sebelah barat Semenanjung Malaysia dan pihak tentera udara mengesahkan MH370 muncul dalam radar tentera sehingga jam 2.15 pagi.

  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sidang media

    15 MAC 2014

    Dalam sidang media, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam dan melencong dari laluan penerbangan pada masa yang sama sistem komunikasi dan transponder dimatikan. Data satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat tersebut berada di mana-mana titik pada dua lengkok yang merentasi kawasan utara ke Asia Tengah dan selatan ke Lautan Hindi. Zon carian di Laut China Selatan tidak diteruskan.

  • analisis terbaharu data satelit

    24 MAC 2014

    Najib Razak yang berpandukan analisis terbaharu data satelit telah mengumumkan ‘dengan penuh kesedihan dan kesal’ bahawa MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.

  • Datuk Seri Hishamuddin Hussien

    31 MAC 2014

    Malaysia mengeluarkan transkrip perbualan juruterbang melalui komunikasi radio, namun ia tidak memberi sebarang petunjuk yang nyata.

  • search and rescue sea

    4 APRIL 2014

    Teknologi pengesan kotak hitam dari Amerika Syarikat mula menjalankan imbasan di zon yang dipercayai menjadi lokasi pesawat terhempas, dengan masa semakin suntuk untuk mengesan isyarat beacon kerana hayat bateri pada alat perakam penerbangan semakin lemah.

  • kapal laut

    5 APRIL 2014

    Sebuah kapal pencari dari China mengesan ‘isyarat’ di dasar Lautan Hindi. Lebih banyak isyarat ‘ping dikesan oleh kapal-kapal lain pada hari-hari berikutnya, namun terpadam sebelum lokasinya dikenal pasti. Beberapa pakar mencurigai bahawa ia ada kaitan dengan MH370.

  • australia press conference

    28 APRIL 2014

    Australia mengumumkan pencarian akan diperluas merentasi kawasan laut yang luas. Tumpuan misi tersebut selama beberapa bulan adalah untuk memeta permukaan dasar laut sebelum pencarian diteruskan.

  • search and rescue malaysia

    27 MEI 2014

    Selepas berminggu-minggu menerima tekanan dari keluarga mangsa nahas, Malaysia mengeluarkan data satelit terbaharu untuk menentukan zon pencarian. Waris mangsa memberitahu data kritikal telah dipadamkan.

  • kapal sonar

    6 OKTOBER 2014

    Sebuah kapal yang dikerah oleh Malaysia meneruskan pencarian sonar untuk mengesan serpihan pesawat di dasar laut. Tiga buah kapal khas Belanda turut menyertai usaha pencarian yang dijadualkan berakhir pada Mei 2015.

  • waris keluarga mh370

    29 JANUARI 2015

    Kerajaan Malaysia mengumumkan kehilangan pesawat MH370 sebagai sebuah ‘kemalangan’ dan semua penumpang dan anak kapal ‘dipercayai terkorban’. Pengumuman itu membuatkan waris keluarga nahas berasa marah dan mendesak agar bukti dikemukakan.

  • Serpihan dijumpai di Mauritius sah milik MH370

    7 OKTOBER 2016

    Serpihan pesawat yang dijumpai di Mauritius Mei lalu disahkan milik pesawat Malaysia Airlines MH370, kata bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi satu kenyataan.

  • MH370: Malaysia terima keputusan ATSB lanjutkan tempoh pencarian

    20 OKTOBER 2016

    Malaysia menerima keputusan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang memutuskan untuk melanjutkan tempoh pencarian pesawat malang itu selama dua bulan lagi.

  • Tiga tahun berlalu, MH370 kekal teka-teki

    8 MAC 2017

    Tiga tahun selepas kehilangan MH370, sebab pesawat Malaysia Airlines itu melencong dari laluan yang dirancang kekal sebagai teka-teki bagi pasukan penyiasat.

  • MH370: Malaysia nafi terima tawaran Ocean Infinity

    21 OKTOBER 2017

    Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan laporan media asing bahawa Malaysia telah menerima tawaran syarikat Ocean Infinity untuk meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.

  • MH370 Misi pencarian diharap lancar

    4 MAC 2018

    Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap misi pencarian pesawat MH370, yang disambung semula pada Januari lepas, berjalan lancar agar dapat merungkai punca kejadian itu.

  • MH370: Pencarian berakhir

    29 MEI 2018

    Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang oleh syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity, ditamatkan pada hari ini.

MH370 sebagai satu nahas

Kerajaan secara rasmi hari ini mengumumkan kehilangan pesawat MH370 sebagai satu nahas. Pengisytiharan itu dibuat selepas 327 hari pesawat terbabit itu hilang dan kebarangkalian kesemua penumpang itu selamat adalah tipis. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menegaskan, pencarian pesawat itu akan tetap diteruskan.

Gambar-gambar yang memaparkan tragedi MH370

Imbasan Kenangan MH370



Wajah-wajah menanti khabar orang tersayang



Doa buat MH370



KEHILANGAN

8 Mac 2014 merupakan hari penentuan pesawat Malaysia Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa penumpang dan krew penerbangan hilang. Komunikasi terakhir dari kokpit ialah ‘Good night Malaysian 370’ sebelum pesawat tersebut dilaporkan hilang dari radar. Tiada khabar berita mengenai pesawat tersebut sehingga kini.

Liputan Komprehensif

Wakil media sedang berusaha mendapatkan reaksi dari warga China, Kelly Wen. Kelly adalah isteri kepada salah seorang penumpang pesawat MH370.

PENANTIAN

Operasi mencari dan menyelamat dimulakan serta-merta. Bermula di Laut China Selatan, jumlah data dan maklumat menjurus ke arah berlakunya ‘air turn back’ dan kemudiannya, beberapa buah negara, yang diketuai Australia mula menjalankan operasi di barat Laut China Selatan, di perairan Perth, Australia. Dan bermula satu penantian buat keluarga penumpang dan krew penerbangan tersebut.

PENANTIAN TIADA PENGHUJUNG

Ribuan meninggalkan pesanan dan harapan pada pemidang ‘Care and Pray for MH370’ sebagai tanda sokongan kepada penumpang dan anak kapal MH370 di Kuantan, Pahang. Ia juga sebagai tanda bersatu dalam usaha pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac, 2014 itu.

Tribut

Sila Tinggalkan Mesej Sokongan Dan Ucapan Anda Di Ruang Kosong Berikut.

Medan bertanda dengan * adalah mandatori
Nama:*
Mesej:*
 

Penolak tuntutan: Pengguna laman web ini diminta tidak menaikkan kandungan dan maklumat yang berbentuk fitnah, pelanggaran,lucah, tidak senonoh, diskriminasi atau yang melanggar undang-undang. Astro Awani mempunyai hak untuk tidak menyiarkan mana-mana kandungan daripada pembaca tanpa sebarang makluman.

 Muhammad Salman Farruz
Hello, Malaysian 370. One year has lapsed since you disappeared. You are gone but not forgotten. Honour them and keep them in our hearts. "Good night, Malaysian 370," were your last words, and it's one of the hardest good bye ever.
 nurin iskandar
MH370 sentiasa di dalam doa ku...
 solehah
Ya Allah jika mereka masih hidup pertemukan kami dengan mereka, namun jika mereka tlh kau ambil rahmatilah mrk Ya Allah, namun berikan jawapan kpd doa2 insan yg menunggu mrk Ya Allah. #neverstopnevergivingup #westandtogether#keepflying#mas
 dyana chriz
stahun dh berlalu.....pray for the crew and the passengers mh370...
 LAKXESSNAH A/P SUBRAMANIAM
Hanya mampu untuk berdoa sahaja.. Pray for MH370 :(
 nur syazana
Kenangan sering bertaut, rindu semakin mencengkam, Ku pasrah dan redha utkmu Ilahi.. Mengharap rindu dibalas dlm doa. #mh370
 niza
Sentiasa dlm lipatan memori...MH370..semoga dipertemukan semula..
 linda..
Mh370 u never forgotten...whereever u are..
 suhaili kasim
Semoga Allah sentiasa melindungi kalian walau di mana jua @ dlm apa jua keadaan #MH370
 KALPANA SATIASELAN
EVENTHOU IT HAS BEEN 1 YEAR WE STILL BELIEVE AND PRAY FOR YOUR RETURN...

#5TahunMH370