29 terkorban dalam letupan di Iraq
AFP | Kemas kini: Februari 08, 2013
Dalam kejadian berhampiran sebuah pasar itu, sekurang-kurangnya 29 terbunuh di kawasan yang ramai dihuni pengikut Syiah.
Letupan turut menyebabkan lebih 70 yang lain cedera.
Menurut pegawai perubatan dan pegawai keselamatan, letupan berkembar yang mensasarkan pasar di Kadhmiyah, utara Baghdad itu telah meragut sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 43 yang lain.
Kedua-dua bom tersebut meletup sekitar jam 9:00 pagi waktu tempatan di mana orang ramai sedang memenuhi kawasan tersebut.
Dua pegawai polis berkata, bom berkenaan disembunyikan di dalam sebuah kotak yang diletakkan di pasar haiwan peliharaan.
Letupan pertama mengakibatkan 13 terbunuh, disusuli satu lagi letupan kereta, 100 meter dari lokasi pertama, selang seminit kemudian.
Sementara ledakan kedua pula mengorbankan 13 lagi nyawa orang awam di sekitar pasar berkenaan.
Pegawai perubatan mengesahkan jumlah angka yang terkorban dalam kejadian itu.
Serangan ini merupakan keganasan terbaru susulan ketegangan yang kian memuncak antara puak Sunni, Syiah dan etnik Kurdish di Iraq.
Pada 1 Februari, 2008, 100 orang terbunuh dalam dua letupan berhampiran pasar di tengah dan timur Baghdad.
Bahan letupan tersebut diikat pada dua wanita mempunyai masalah mental dan kemudian diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.
Menurut AFP, seramai 102 orang terbunuh dalam keganasan di seluruh negara itu pada minggu lalu, dan Januari mencatatkan jumlah kematian tertinggi di negara itu sejak September.
Berita mula diterbitkan pada: Februari 08, 2013 18:15 (MYT)
-
Puak Syiah, Sunni, bertempur di kawasan kejiranan
-
Serangan bom berlanjutan di Iraq
-
Kerajaan jamin turun harga kereta berperingkat
-
10 maut serangan bom kereta di Libya
-
Turki: 12 maut dalam serangan bom kereta
-
Alor Setar: Penarik kereta mati ditembak
-
Penyokong Husam Musa tuntut penjelasan
-
Serangan berani mati di Pakistan ragut 12 nyawa
-
9 kereta tertimbus akibat tanah runtuh
-
Bukan motif politik
-
Polis siasat penemuan (bom) di bilik gerakan DAP