Anda di sini: Laman Utama | Parlimen »

80 peratus calon profesional wakil BN di Selangor

comments
80 peratus calon profesional wakil BN di Selangor
SHAH ALAM: Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin dinamakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai calon parti itu untuk merebut semula kerusi Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum ini.

Beliau dijangka akan bertanding melawan Khalid Abdul Samad daripada Pas yang menyandang kerusi berkenaan.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Zulkilfli menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru atas tiket Parti Keadilan Rakyat tetapi kemudian mengisytiharkan diri keluar parti jadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, Khalid menang di Shah Alam mengalahkan Datuk Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti 9,314.

Kawasan Parlimen Shah Alam mempunyai lebih kurang 100,000 pengundi dengan majoriti pengundi Melayu hampir 70 peratus.

Kawasan ini dianggap kerusi panas ekoran perkembangan semasa dalam tempoh lima tahun lalu yang diselubungi isu agama susulan pendirian Khalid yang dianggap liberal dalam kontroversi penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Zulkifli pula dilihat antara yang lantang menolak penggunaan kalimah Allah dan sering membuat kenyataan mengkritik Pakatan Rakyat yang didakwa menggadaikan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Zulkifli, seorang peguam, adalah antara 80 peratus calon muka baru yang diketengahkan oleh BN bagi PRU-13 ini yang terdiri daripada golongan profesional terdiri daripada peguam, jurutera, akauntan dan ahli perniagaan

Jelas Najib, calon-calon yang dikemukakan oleh BN adalah selaras dengan kehendak dan harapan rakyat di Selangor dan BN adalah parti yang mendengar suara rakyat.

Katanya, calon-calon itu merupakan barisan terbaik dan adalah barisan transformasi untuk Selangor dan beliau yakin BN akan menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang kuat.

"Saya berharap kepada calon kita agar berjaya meyakinkan pengundi bahawa mereka boleh bawa kejayaan kepada BN. Inilah barisan yang akan berjaya menebus kekalahan kita dan kembalikan BN sebagai pemerintah di negeri Selangor," katanya

Najib turut berikrar untuk menunaikan janji-janji BN Selangor apabila berjaya mendapat mandat rakyat nanti dan tidak akan jadi seperti kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini yang katanya, hanya membuat janji-janji kosong.

Menjelaskan mengenai pemilihan calon, Najib berkata, BN telah mengambil kira populariti semua calon itu di peringkat akar umbi; selain mesra rakyat, mereka juga dilihat sanggup memberi khidmat bakti kepada rakyat.

"Saya minta maaf jika dalam pemilihan calon-calon ini saya dan rakan-rakan tidak dapat menurut kehendak semua pihak sebab sudah jadi adat, mustahil bagi kita memenuhi kehendak semua pihak, tak mungkin," katanya.

Tambah beliau, apa yang penting ialah BN akan berjaya dan calon-calon itu memberi harapan kepada parti untuk membela rakyat.

Pada pilihan raya kali ini, UMNO membariskan sembilan calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen dan 35 calon untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN), MCA pula tujuh calon bagi kerusi parlimen dan 14 calon DUN manakala MIC meletakkan empat calon bertanding kerusi parlimen dan tiga calon kerusi DUN.

Gerakan pula meletakkan satu calon bertanding bagi kerusi parlimen dan tiga calon kerusi DUN manakala PPP satu calon di DUN.

Pada majlis itu, Najib turut merakamkan ucapan terima kasih ke atas sokongan rakyat yang semakin meningkat dan berdoa agar BN akan berjaya di Selangor dalam PRU-13 nanti.k

Najib dijadual melancarkan Aku Janji Pilihan raya BN khusus untuk Selangor di Shah Alam Convention Centre pada Rabu malam.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: zulkifli noordin, barisan nasional, pru-13, pru13, shah alam, selangor