MH17
MH17
Anda di sini: Laman Utama | Hiburan »

90 peratus tiket 'Siti Nurhaliza in Symphony' habis dijual

comments
90 peratus tiket 'Siti Nurhaliza in Symphony' habis dijual
KUALA LUMPUR: Hanya tinggal 146 keping tiket yang masih belum dijual bagi menyaksikan konsert solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur.

Sudah terjual lebih 90 peratus, tiket yang masih tinggal hanya berharga RM400 dan RM330. Manakala tiket berharga RM150 dan RM250 telah pun habis dijual.

Konsert tersebut bakal berlangsung selama tiga malam bermula 5 hingga 7 Julai depan.

Ia merupakan konsert solo pertama oleh penyanyi nombor satu negara itu di dewan berprestij itu.

Siti dijangka akan menyampaikan rangkaian lagu-lagu popular yang telah melonjakkan namanya di persada seni tanah air dan antarabangsa.

Penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang itu mula mencipta nama menerusi lagu Jerat Percintaan pada awal kemunculannya di tahun 1996.

Siti turut mengharumkan nama negara apabila berpeluang untuk mengadakan konsert solonya di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005.

Kali terakhir Siti membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas adalah sewaktu dijemput menjadi penyanyi undangan di Konsert SM Salim with the Malaysian Philharmonic Orchestra pada April 2001.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: konsert, siti nurhaliza in symphony, siti nurhaliza, dewan filharmonik petronas