Aliran trafik di beberapa lebuh raya masih bergerak perlahan malam ini
Bernama | Kemas kini: Februari 09, 2013
Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik masih perlahan dari Behrang ke Ladang Bikam.
Trafik juga sesak sebelum dan selepas Terowong Menora ke arah Kuala Kangsar serta terdapat kemalangan di Kilometer 147.7 arah utara di Bukit Tambun dan Juru.
Menurut laman itu, trafik masih perlahan dari Ayer Hitam ke Yong Peng kerana keadaan cuaca dan hujan.
Laman Twitter PLUS pula melaporkan trafik perlahan di Kilometer 87.6 arah selatan Gurun ke Sungai Petani, yang melibatkan lorong kecemasan kerana berlaku kemalangan.
PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka.
Berita mula diterbitkan pada: Februari 09, 2013 22:40 (MYT)
-
Laporan trafik hari kedua Tahun Baru Cina
-
Kemeriahan Tahun Baru Cina seluruh dunia
-
Buat kelainan tampil di klip Tahun Baru Cina
-
PM makan di Restoran Nasi Kandar Beratur
-
10 ribu hadiri majlis Tahun Baru Cina
-
Gala TV - Istimewa Tahun Baru Cina
-
Sambutan meriah di seluruh negara
-
Persiapan rumah terbuka Tahun Baru Cina
-
Kisah pilu sambutan Tahun Baru Cina
-
Tahun Ular Air, Tahun 'Pembetulan'
-
Ucapan Tahun Baru Cina PM lebih kreatif