Anda di sini: Laman Utama | Bisnes »

Ar-Rahnu X'Change kini di Hulu Kelang

comments
Ar-Rahnu X'Change kini di Hulu Kelang

PLAY Click to Expand & Play

HULU KELANG: Bank Rakyat yang merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia membuka cawangan Ar-Rahnu X'Change ke-20 di Hulu Kelang, Selangor.

Pembukaan Ar Rahnu X’Change di Hulu Kelang itu adalah yang ketiga pada tahun ini bagi memudahkan orang ramai menggadai barang kemas dengan murah dan selamat.

Ar-Rahnu X’Change menawarkan kemudahan pajak gadai Islam bagi pinjaman tunai sehingga RM100,000 dengan kadar upah simpan serendah 65 sen bagi setiap RM100 nilai emas yang digadai.

Selain pajak gadai, premis di Hulu Klang itu turut menempatkan mesin deposit dan pengeluaran wang untuk kegunaan orang ramai bagi melaksanakan pelbagai urusan perbankan.

Bank Rakyat kini mempunyai 54 buah Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.

20 daripadanya diurus dan dimiliki sepenuhnya oleh Bank Rakyat.

Manakala 34 daripadanya dimiliki dan diuruskan oleh koperasi di bawah program Sistem Francais Ar-Rahnu X’Change.

Setakat hari ini, Bank Rakyat mempunyai 141 cawangan dengan lebih daripada 600 mesin juruwang automatik dan mesin deposit tunai serta 54 Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.


Berita mula diterbitkan pada: Februari 06, 2013 17:06 (MYT)

Tag: Ar-Rahnu X'Change, Bank Rakyat

 
live Saksikan Awani
opinion Kolumnis
twitter tuit pilihan

Saya pasti hubungan kita akan menjadi lebih baik dgn sokongan & persahabatan yg jujur. Sama2 kita menjadikan Malaysia lebih baik utk semua.