Anda di sini: Laman Utama | Hiburan »

Awi Rafael 'showcase' album terbarunya

comments
KUALA LUMPUR: Menggabungkan bakat baru dari Aswara, 'showcase' Awi Rafael diiringi pemuzik dari Akedemi Seni dan Warisan Kebangsaan.

'Showcase' tersebut yang dijayakan oleh Warner Music dan Aswara berlangsung dengan persembahan enam lagu dari album keduanya antaranya ‘Bila Aku Jatuh Cinta’ dan ‘Pulanglah’.

Dimuatkan dengan sembilan buah lagu, Awi mengambil masa hanya dua tahun bagi menyiapkan karyanya menerusi album terbaru.

Menariknya rakaman album dijalankan di rakamkan di Abby Road London iaitu tempat idolanya 'The Beatles'.

“Ianya adalah penghormatan bagi saya untuk menghasilkan karya disamping kumpulan penyanyi idola di London ini, semoga hasil karya ini mampu menarik hati rakyat Malaysia,” kata Awi.

Hanez Suraya yang merupakan kekasihnya turut akan menghadiri 'showcase' nya.

Bagaimanapun atas kata sepakat bersama pasangannya, Awi mahu fokus pada kerjayanya dan tidak terkejar-kejar untuk ke jinjang pelamin.


Berita mula diterbitkan pada: Februari 09, 2013 12:15 (MYT)

Tag: Awi Rafael, Hanez Suraya, Warner Music

 
live Saksikan Awani
opinion Kolumnis
twitter tuit pilihan

Tahniah kpd 4 anak Felda & 2 jurulatih mereka yg berjaya tawan Gunung Everest hari ini. Kejayaan ini adlh #inspirasi kpd seluruh warga Felda