Anda di sini: Laman Utama | Bisnes »
Bonus Tabung Haji sebanyak 8 peratus
Astro Awani | Kemas kini: Februari 07, 2013
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus sebanyak 6.5 peratus bagi 2012 berbanding enam peratus tahun sebelumnya.
Menariknya tahun ini,TH mengumumkan bonus khas tambahan sebanyak 1.5 peratus lagi sempena jubli emas Tabung Haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengumuman itu merupakan hadiah istimewa kepada pendeposit TH.
"Kadar bonus tahunan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus kepada RM2.13 bilion berbanding RM1.68 pada 2011," katanya dalam majlis pengumuman bonus Tabung Haji di Bangunan TH di sini.
Turut hadir, Pengerusi TH, Datuk Seri Abi Musa dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,Datuk Paduka Ismee Ismail.
Kata Jamil Khir, keseluruhan pembayaran bonus Jubli Emas ini adalah sebanyak RM2.46 bilion yang merangkumi pembayaran bonus tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan bonus khas sebanyak RM3.25 bilion.
Ia sekali gus kata Jamil menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus kepada RM2.13 bilion berbanding RM1.68 bilion pada tahun 2011.
"Kedudukan kewangan TH yang sentiasa positif dan kukuh serta lebihan wang rizab terkumpul sejak 2006 antara penyumbang pembayaran bonus istimewa ini," ujarnya.
Jelasnya, jumlah ini adalah yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Tabung Haji.
Pendeposit boleh mula menyemak bonus mereka mulai 10 Februari ini.

Berita mula diterbitkan pada: Februari 07, 2013 12:47 (MYT)
Juga lihat