Anda di sini: Laman Utama | Sukan »

Cavendish juara Tour of Qatar 2013

comments
KUALA LUMPUR: Pelumba Britain, Mark Cavendish muncul juara selepas memenangi semua peringkat perlumbaan.

Bagi peringkat terakhir, beliau mencatat masa 3:24:31s.

Perlumbaan peringkat terakhir melibatkan laluan dari Sealine Beach Resort ke Doha Corniche.

Cavendish membuat pecutan akhir menewaskan pelumba dari Belarus, Yauheni Hutarovich yang menduduki tempat kedua.

Manakala, pelumba Belanda, Barry Markus menang tempat ketiga.

Juara pecut Britain ini, telah memenangi 23 peringkat Tour De France dan 10 peringkat perlumbaan Giro D'italia.


Berita mula diterbitkan pada: Februari 09, 2013 09:00 (MYT)

Tag: Tour De France, Mark Cavendish, Yauheni Hutarovich

 
live Saksikan Awani
opinion Kolumnis
twitter tuit pilihan

Guru-guru adalah inspirasi bukan sahaja kepada murid-murid, tetapi kepada masyarakat amnya. Semoga kita sentiasa mengenang jasa guru!