Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Empat maut dalam kemalangan di MRR2

comments
Empat maut dalam kemalangan di MRR2
KUALA LUMPUR: Empat maut dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa, di sini Ahad.

Jurucakap polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Viva mati di tempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar dua kereta lain.

Beliau berkata kemalangan pada pukul 5.30 petang itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang.

Jurucakap itu berkata Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang.

Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya.

Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang.


Berita mula diterbitkan pada: Mei 19, 2013 21:20 (MYT)

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: Maut, kemalangan, MRR2, kereta, Bukit Antarabangsa