Anda di sini: Laman Utama | Dunia »

Gempa bumi punca tanah runtuh di China

comments
Gempa bumi punca tanah runtuh di China

PLAY Click to Expand & Play

BEIJING: Kejadian tanah runtuh di Selatan China yang mengorbankan 46 nyawa, Jumaat lalu, adalah akibat pergerakan tanah kesan gempa bumi, empat bulan lalu.

Ia sekali gus menolak dakwaan kejadian tanah runtuh tersebut mempunyai kaitan dengan aktiviti perlombongan di kawasan berhampiran.

Menurut pihak berkuasa hujan dan salji sejak beberapa bulan lalu turut memburukkan keadaan.

Sementara itu, semua 46 mayat termasuk 19 kanak-kanak, telah ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat.

Dua mayat terakhir berjaya ditemui pada Sabtu.

Turut terkorban ialah tujuh warga emas berusia lebih 60 tahun.

Tanah runtuh yang berlaku pada Jumaat itu telah menimbuskan 14 buah rumah yang terletak di lereng gunung.

Susulan itu, lebih seribu pasukan menyelamat dikerah mencari dan menyelamat mangsa.
gempa bumi dan tanah runtuh sering berlaku di China.

Pada 2008, gempa bumi yang melanda Wilayah Sichuan telah mengorbankan 87 ribu orang.

Dalam pada itu, beberapa bandar utama di Utara China dilanda kabus tebal hingga memaksa pihak berkuasa menutup lebih tiga puluh lebuh raya buat sementara waktu.

Pada masa yang sama, jadual penerbangan juga terpaksa ditangguhkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Jabatan meteorologi mengeluarkan amaran tahap kuning selepas kabus menjejaskan jarak pandangan pemandu kenderaan dan juruterbang.

Secara purata jarak pandangan di kawasan berkenaan adalah di bawah 50 hingga 500 meter.

Di Beijing tujuh lebuh raya utamanya terpaksa ditutup.

Ia melibatkan lebuh raya yang menghubungkan Beijing-Hong Kong-Macau dan lebuh raya Beijing-Tianjin.

Manakala di Shijiazhuang lapan belas lebuh raya terpaksa ditutup.

Keadaan berkabus itu dilaporkan telah berlarutan sejak lapan hari lalu dan ia dijangka terus berlarutan selama beberapa hari lalu.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: Tanah runtuh, selatan China, korban 46 nyawa, gempa bumi, kabus tebal