Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Insiden bot karam Mukah: 8 dari 11 mangsa sudah ditemui

comments
Insiden bot karam Mukah: 8 dari 11 mangsa sudah ditemui
MUKAH: Setakat jam 9 pagi tadi empat lagi mayat mangsa bot karam di Sungai Batang Lassa Daro ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

Ini menjadikan jumlah mangsa yang maut setakat ini lapan orang termasuk empat mangsa yang dijumpai semalam.

Tiga mangsa lagi masih hilang.

Mangsa ke empat Naibi Saibi, 62 ditemui jam 6.49 pagi kira kira 100 meter dari sungai berhampiran Kampung Saai oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Sekitar jam 8 pagi tadi, seorang lagi mangsa Borhan Bordan, 68 ditemui.

Riji Dalol berumur sekitar 60-an pula ditemui kira-kira setengah jam kemudian.

Ini diikuti dengan Kalsom Mat berumur lingkungan 50-an sekitar jam 9 pagi.

Dalam kejadian pada Sabtu, bot panjang milik persendirian yang membawa 27 penumpang dari rombongan perkahwinan terbalik ketika dalam perjalanan dari Kampung Saei ke Kampung Tekajong di Matu, bahagian Mukah.

16 mangsa terselamat dalam insiden malang itu.



Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: insiden bot karam, Kampung Kut, Daro