Jack Wilshere paling menyerlah menentang Brazil
Astro Awani | Kemas kini: Februari 08, 2013
Kelibat tonggak tengah Arsenal itu pada pagi Khamis, membolehkan Three Lions mendominasi perlawanan berdepan bekas juara dunia lima kali itu.
Rata-rata akhbar England, menyifatkan Wilshere sebagai tonggak penting England di saingan Piala Dunia 2014, yang bakal berlangsung di Brazil.
Aksi di Wembley pada Khamis, menyaksikan Wilshere tenang mengemui bahagian tengah England untuk menafikan dominasi Brazil, yang menurunkan barisan terkuat mereka.
Pengurus England, Roy Hodgson turut memuji aksi pemain berusia 21 tahun ini.
Bagi bekas pengendali West Bromwich Albion ini, Wilshere memiliki kematangan untuk memenuhi harapan tinggi peminat di England, untuk menjulang skuad Three Lions di pentas antarabangsa.
Wilshere jelas tampak serasi bergandingan dengan tonggak Liverpool, Steven Gerrard di bahagian tengah England.
Wilshere sebelum ini pernah bergelut dengan masalah kecederaan dan kecergasannya, tetapi aksi berdepan Brazil membuktikan dia kini lebih bersedia.
Kemenangan pada khamis adalah yang pertama buat England ke atas Brazil sejak kemenangan 1-0 di Wembley pada 1990.
Berita mula diterbitkan pada: Februari 08, 2013 08:50 (MYT)
-
Wakil Brazil dilantik pengarah baru WTO
-
Sukar laksanakan hukuman isu perkauman
-
David Beckam berkunjung ke Beijing
-
England berpesta gol benam San Marino
-
Azzurri ikat Samba
-
Tarikh Piala Dunia 2022 mungkin diubah
-
Chong Wei terima kekalahan
-
Impian hatrik Chong Wei tidak kesampaian
-
Chong Wei wakil tunggal ke separuh akhir
-
Ince yakin hukuman dikurangkan
-
Brazil upah nelayan bunuh jerung