MH17
MH17
Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Jerebu: Lima kawasan catat IPU tidak sihat sehingga petang semalam

comments
Jerebu: Lima kawasan catat IPU tidak sihat sehingga petang semalam

PLAY Click to Expand & Play

KUALA LUMPUR: Sebanyak lima kawasan di Semenanjung Malaysia mencatat indeks pencemaran udara,(IPU) tidak sihat sehingga jam 5 petang Ahad.

Bandar terlibat ialah bandaraya Melaka, Bukit Rambai, Port Dickson, Pelabuhan Kelang dan Kemaman.

Manakala bandar Muar yang pada awalnya mencatatkan IPU tidak sihat pada pagi Ahad kini
beransur pulih.

Perubahan cuaca dan tiupan angin monsun dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah Indonesia turut menyumbang kepada peningkataan bacaan IPU.

Orang ramai dinasihat tidak melakukan pembakaran terbuka dan diminta bekerjasama memadam kebakaran kecil.

Laporan sepenuhnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: IPU, jerebu, Melaka, Bukit Rambai, Muar