Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Keputusan SPR adakan pilihan raya serentak muktamad

comments
Keputusan SPR adakan pilihan raya serentak muktamad
KUALA LUMPUR: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan parlimen serentak pada Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU-13) adalah muktamad.

Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ia dibuat setelah menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira antaranya kos.

Jelas Wan Ahmad, jika pilihan raya negeri dan parlimen dibuat berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar.

Keputusan itu juga dilihat membuang masa rakyat dan boleh menyumbang kepada pembaziran.

Bagi mengadakan pilihan raya sebuah negeri, ia memakan belanja sekitar RM20 juta.

Bagaimanapun ia berbeza mengikut kepadatan penduduk.

Di Selangor kosnya lebih tinggi dan boleh mencecah RM35 juta.

Sebelum ini beberapa negeri yang ditadbir pihak pembangkang berhasrat untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan parlimen pada PRU-13.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: pilihan raya umum, PRU13, Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar