Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Kes pukul anak tak solat di Sweden: Anak turut tertekan - Pakar

comments
Kes pukul anak tak solat di Sweden: Anak turut tertekan - Pakar
KUALA LUMPUR: Kes pendakwaan ke atas pasangan suami isteri warga Malaysia yang didakwa memukul anak lelaki mereka kerana tidak menunaikan solat di Sweden bakal memberi kesan psikologi secara langsung kepada anak.

Menurut Pakar Psikologi Universiti Islam Antarabangsa, Dr Haryati Shahrima Abdul Majid perkara ini bakal mengundang rasa tertekan kepada anak-anak pasangan tersebut.

“Anak-anak itu mungkin berasa tertekan dek kerana terbeban dengan rasa rindu kepada ibu bapa dan orang yang mereka sayangi” kantanya ketika dihubungi Astro AWANI.

“Anak-anak itu juga mungkin dihimpit rasa bersalah kerana mengadu perkara itu kepada rakan-rakannya, sebelum ini.

Dr. Haryati turut melihat kes yang melibatkan pasangan suami isteri ini perlu dinilai semula sama ada apa yang dilakukan oleh ibubapa ini adalah satu hukuman atau penderaan.

“Kita perlu melihat semula cara didikan ibubapa ini, sama ada didikan yang berlaku kerana anak tidak melakukan tanggungjawab itu menjurus kepada penderaan atau hukuman” katanya lagi.

Untuk temubual lanjut ikuti video di bawah ini.


 
Pasangan warga Malaysia yang didakwa memukul anak lelaki mereka kerana tidak menunaikan solat di Sweden dikenalpasti sebagai Azizul Raheem Awalludin, kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Nurshal, seorang guru sekolah menengah.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: Sweden, Malaysia, #SwedenLetThemGo, Azizul Raheem Awalludin, Shalwati Nurshal, Wisma Putra, anak/children