Komen Allahyarham Azli Paat berkenaan iPhone 5
Khairul Wasiril Aswad | Kemas kini: Februari 08, 2013
Pelbagai pandangan bernas diutarakan Presiden Persatuan Mudah Alih Malaysia, Azli Paat, pada ketika itu menerusi program Agenda Awani membincangkan topik bertajuk, 'iPhone 5 – Cetus evolusi atau revolusi?’.
Menurutnya, iPhone 5 membawa revolusi baru dengan pelbagai kelainan aplikasi dan perisian sistem yang efektif berbanding evolusi diantara iPhone 4 kepada iPhone 4s.
“iPhone 5 mempunyai gaya, mutu dan keunggulan, dan di dalam dunia teknologi tiga ciri ini adalah sangat penting bagi menarik hati pelanggan baru,”
Dengan reka bentuk yang lebih nipis dan menarik berbanding keluaran sebelumnya, iPhone 5 mempunyai kelebihan yang tersendiri,” kata Allahyarham.
Allahjyarham berkata, ianya tidak mengejutkan jika peminat Apple sanggup beratur panjang semalaman bagi mendapatkan produk terbaru keluaran syarikat Apple yang penuh inovasi itu.
“Jika dahulu Apple memulakan revolusi komputer meja kemudian mewujudkan revolusi muzik menerusi ‘i-Tunes’ namun kini iPhone5 bakal mencetuskan satu revolusi baru dengan pembayaran bil mudah alih,” tambahnya.
Saksikan pandangan Allahyarham Azli Paat tentang iPhone 5 menerusi Agenda Awani.
Allahyarham Azli Paat yang meninggal dunia pada Rabu dikenang sebagai seorang yang selalu berusaha untuk mempermudahkan masyarakat menerima perubahan deras arus teknologi selain dijulang sebagai ikon teknologi.
Azli, 46, meninggal dunia di rumahnya selepas demam panas selama beberapa hari.
Berita mula diterbitkan pada: Februari 08, 2013 17:22 (MYT)
-
Kepimpinan IPT: Isu dan cabaran
-
Transformasi merealisasikan masyarakat sejahtera
-
Agenda Awani: Analisis politik Sabah pasca PRU13
-
Pendekatan untuk Penyatuan Nasional
-
Pasca PRU13: Arah Politik Malaysia
-
Kabinet transformasi dan seimbang
-
Percaturan Kabinet Malaysia
-
Realiti Masyarakat Pasca PRU13
-
Trend pengundian melalui geografi
-
Partisipasi politik orang muda & golongan pertengahan
-
Partisipasi politik orang muda & golongan pertengahan
Click to Expand & Play