MH17
MH17
Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Lima produk kosmetik mengandungi racun berjadual

comments
Lima produk kosmetik mengandungi racun berjadual
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan lima produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual betamethasone dan merkuri.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian berkenaan, Datuk Eisah A.Rahman berkata produk tersebut ialah Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment (betamethasone), Natural 99 Night Cream, Natural 99 Day Cream, SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial), kesemua mengandungi merkuri.

"Penggunaan betamethasone tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, kesan rekahan, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

"Merkuri pula tidak boleh digunakan dalam produk kosmetik kerana berisiko memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Eisah berkata syarikat yang bertanggungjawab menjual dan mengedarkan produk tersebut telah diarahkan menarik balik serta merta kesemua produk berkenaan daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532 atau 03-78835534 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A.Rahman, Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment (betamethasone), Natural 99 Night Cream, Natural 99 Day Cream, SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial)