MH17
MH17
Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Mangsa buli di MRSM trauma

comments
Mangsa buli di MRSM trauma
SHAH ALAM: Susulan kes seorang pelajar tingkatan dua yang mendakwa dibelasah oleh dua pelajar lain di Sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Kepala Batas pada Khamis.

Menurut mangsa yang berusia 14 tahun itu, dia dipukul lebih daripada dua pelajar sebelum dipaksa menelan ubat.

Pelajar tingkatan dua itu juga mendakwa dipaksa memegang kemaluan salah seorang pelajar senior yang memukulnya.

Mangsa mendakwa dipukul selama hampir sejam dan diberikan tiga jenis pil.

Ketika dipukul, kaki dan tangannya dipegang manakala mukanya ditutup dengan selimut.

Dia kemudiannya diberi minuman sebelum dibelasah sekali lagi.

Ini merupakan kejadian kali kedua menimpanya.

Pelajar terbabit  kini berada di rumahnya di Shah Alam dan berhasrat untuk bertukar sekolah.

Sementara itu ibu pelajatr terbabit  berkata, dia kesal dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu.

Beliau mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak yang terbabit dalam kes buli ini.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: buli, mangsa, trauma, pelajar, tingkatan dua, MRSM, Kepala Batas, Adam Afgan